NEMO
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 109,177
Paid Membership
- Joined
- Jan 13, 2007
- Messages
- 109,177
- Reaction score
- 1,046
- Points
- 1,101
Segelintir anak orang kaya, termasuk anak orang kenamaan (VIP)dikesan menjadi dalang menganjurkan parti liar atau lebih dikenali OneNite Stand Party setiap bulan untuk menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy.
Remaja berusia 15 hingga 23 tahun terbabit terpengaruh dengan gaya hidup remaja Barat dengan menjadikan parti itu sebagai cara untuk berhibur selain melepaskan tekanan belajar disekolah dan masalah di rumah seperti tidak mendapat perhatian keluarga.
Bagi mereka, wang ringgit bukan halangan bagi menikmati keseronokan syurga dunia dengan rakan sebaya.
Kelab, bilik hotel dan apartmen menjadi pilihan yang ditempah menggunakan alasan untuk mengadakan parti hari jadi atau parti perpisahan.
Selain itu, tali barut juga diperlukan untuk menyebarkan risalah mengenai parti berkenaan secara sukarela dan mengutip bayaran masuk serendah RM25.
Difahamkan, parti seks liar itu dijalankan sekali seminggu terutama di bandar besar dan kebanyakan pengunjung yang masih mentah, mula mengenali seks, arak dan ganja dengan menghadiri pesta seperti itu.
Bagi menarik remaja lelaki mengunjungi parti itu,penganjur menyediakan gadis cantik dan berpakaian seksi.
Pengakuan seorang pelajar tingkatan 3 yang mahu dikenali sebagai Eddy membongkar kisah kehidupan liar remaja terbabit.
Eddy, 15, mendakwa dia menerima ajakan rakannya ketika fikirannya kusut dengan masalah keluarga dan dia menjadikan parti liar itu untuk melupakan masalah.
Apabila berjumpa rakan yang ambil berat dan mendengar masalah saya di sana, saya mula sedar di sinilah tempat untuk melepaskan tekanan.
Jika tidak sibuk, sekurang-kurangnya lima kali sebulan saya akan menghadiri parti seperti itu.
Siapa yang akan menolak menghadiri parti itu kerana dengan bayaran hanya RM25 hingga RM100, pengunjung boleh melakukan hubungan seks selain minum arak dan menghisap ganja.
Eddy mendakwa tiada unsur paksaan dalam parti itu kerana pengunjung bebas memilih pasangan mereka.
yang kaya main kat hotel...yg miskin dlm semak...asyik2 kena tangkap jawi..