BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

One Tiang Swee

hgt422007

Active Member
Messages
1,364
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,364
Reaction score
155
Points
33
Ong Tiang Swee telah dilahirkan di Kuching pada 3 Ogos 1864. Ibunya ialah Ong Ewe Hai. Beliau telah berkahwin dengan gadis Singapura ketika berusia 21 tahun. Walau bagaimanapun, isteri beliau telah meninggal dunia dan kemudian berkahwin pula dengan Chan Hua Kheng. Beliau telah menerima pendidikan awal di St. Thomas School, Kuching. Seterusnya beliau menamatkan pengajian selama dua tahun di Singapura.


Ong Tiang Swee adalah orang Cina paling penting dan berpengaruh di Sarawak pada zamannya. Beliau pernah berkhidmat dengan Rajah Charles Brooke dan Rajah Vyner Brooke. Kebijaksanaan dan pengalaman luas beliau dalam mengurus ekonomi, sosial, dan politik telah mewjudkan suasana yang stabil dan aman di Sarawak.



Dalam aspek ekonomi, beliau banyak memberi sumbangan besar khususnya kepada masyarakat Cina. Dalam tahun 1882, beliau bergiat cergas dalam perniagaan keluarganya Firm of Ong Ewe hai and Company pada usia 18 tahun. Pada tahun 1887 beliau telah menjadi salah seorang anggota Dewan Perniagaan Cina Sarawak. Pada tahun 1889, beliau dilantik menjadi Kapitan Cina selepas kematian bapanya. Tugas utamanya ialah menjaga dan memastikan masyarakat Cina terbela dan menasihati kerajaan dalam soal adat-resam masyarakat Cina. Beliau telah dilantik menjadi Pengarah bagi syarikat perkapalan Newy-formed Singapore and Sarawak Steamship Company yang berpusat di Singapura. Pada tahun 1919, beliau telah dilantik menjadi pengerusi syarikat tersebut.



Dalam aspek pentadbiran pula, beliau merupakan seorang pegawai paling cemerlang dalam empayar British. Pada 26 September 1928 iaitu sempena hari jadi Rajah Putih Sarawak, beliau telah dianugerahkan dengan pingat Companion of the Most Excellent Order of the Star of Sarawak. Pada tahun 1946, beliau telah dilantik sebagai anggota jawatankuasa berkenaan hal-ehwal negeri ketika Rajah Putih Sarawak berada England dan turut menjadi anggota Supreme Council. Pada tahun 1947, beliau dikurniakan Officer of the Most Excellent Order of the British Empire (O.B.E.) oleh kerajaan British.



Ong Tiang Swee telah meninggal dunia pada 19 Oktober 1950 berusia 86 tahun. Jasad beliau disemadikan di tanah perkuburan keluarganya di Batu 2, Rock Road, Kuching.



Rujukan :
Ong, Boon Lim. Ong Tiang Swee of Sarawak. Kuching : Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sarawak, 1990.
 
Back
Top
Log in Register