BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Onar ketika solat terawih

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Duit syiling berjumlah RM73 yang dicuri pencuri daripada sebuah kereta di parkir di Masjid Pekan Ajil, dalam kejadian, malam kelmarin.


KUALA BERANG - Tindakan seorang penganggur berusia 27 tahun memecah masuk kereta di parkir di garaj Masjid Pekan Ajil mengundang padah, apabila dia ditangkap anggota polis yang sedang melakukan rondaan Operasi Pencegahan Jenayah sempena Ramadan.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam kelmarin, suspek berasal dari Kampung Binjai Bongkok, Marang itu cuba melarikan diri bersama-sama sebuah beg mengandungi duit syiling berjumlah RM73 tetapi hanya sempat berbuat demikian beberapa meter sahaja.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, suspek yang juga seorang penagih dadah cuba memecah masuk kereta milik seorang petani berusia 62 daripada Kampung Jongok Setar, Ajil yang ketika itu sedang menunaikan terawih.

“Sepasukan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Ajil bersama-sama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sedang melakukan rondaan dan melihat seorang lelaki cuba memecah masuk kenderaan selain berkeadaan mencurigakan.

“Suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis tetapi berjaya diberkas.

Pemeriksaan awal didapati, di tangan suspek terdapat sebilah pemutar skru serta sebuah beg kecil mengandung syiling yang dicuri dari dalam kereta," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurut Mohd Ismail, suspek kemudiannya dibawa ke balai untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan curi dalam kenderaan.

“Modus operandi digunakan suspek ialah bergerak secara solo menggunakan motosikal sendiri dan sasaran adalah kereta orang awam yang ditinggalkan. Suspek menggunakan pemutar skru sebagai alat mengumpil kenderaan mangsa,” katanya.

Tambah Mohd Ismail, suspek juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes curi serta pencerobohan rumah dan pemilik kenderaan berkenaan hanya menyedari kejadian tersebut selepas dia dimaklumkan imam masjid terbabit.

“Berdasarkan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Ajil, lebih kurang 8.25 malam dia ke Masjid Ajil untuk solat dan meletakkan Proton Saga miliknya di bawah garaj masjid dalam keadaan berkunci. Selesai terawih kira-kira jam 9.50 malam, imam masjid memberitahunya kereta itu diceroboh.

“Pengadu pergi melihat keretanya dan mendapati kunci bahagian pintu kiri penumpang terangkat. Apabila diperiksa, dia dapati beg warna hitam disimpannya bawah kusyen yang mengandungi duit syiling bernilai RM73 hilang.

“Mangsa mengesyaki duit tersebut hilang dicuri lalu membuat laporan di Balai Polis Ajil.

Sehubungan itu juga, diingatkan kepada orang ramai agar lebih utamakan keselamatan termasuk tidak menyimpan barang-barang penting dan berharga dalam kenderaan,” katanya.
 
agaknya penagih dadah tu puasa tak
 
kadang tu kesian pun ada dgn penagih dadah ni...sanggup lakukan apa sj hanya kerana ketagihan...harap2 dapat berubah ke arah lebih baik nnt...sama2 lah kita berdoa agar tidak ada keturunan kita yg terjebak dgn ketagihan dadah
 
aku pun memang standby banyak syiling dalam keter

incase kalau tetiba takde duit time masuk tol
 
Kat rawang pun ada jgk kereta park di masjid kena pecah
benggali dgn indian pny kerja
tak paham btol aku diorang ni
 
rasanya akhirnya beraya dalam jel dah mamat ni.. Mesti sedeykann?
 
penagih nih.. kalau dgn masyarakat pon dh wat cenggitu..
dgn family apatah lg...
 
insyallah...moga allah memberikan hidayah kepada sekalian umat baginda saw..
 
Ini nmenye keje b**oh....
Org dok tgh smbhyng boleh plak die buat projek lain...
 
Back
Top
Log in Register