eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Belum pun Ramadan, seorang lelaki yang juga abang kepada pelakon drama wanita terkenal ditahan polis selepas dikesan terbabit dengan kegiatan menjual mercun secara haram.
Sumber polis berkata, kegiatan lelaki itu bagi memenuhi permintaan mercun sepanjang bulan puasa dan hari raya dibongkar selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan itu.
Menurutnya, susulan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Ulu Klang menyerbu sebuah rumah di AU4, Taman Sri Keramat, di sini yang disyaki dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api.
“Sebaik serbuan dilakukan kira-kira jam 12 tengah malam semalam, polis menemui enam kotak besar berisi mercun dan bunga api. Bahan mercun dan bunga api itu belum sempat diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan.
“Siasatan mendapati pemilik rumah berkenaan yang berusia 33 tahun adalah abang kepada seorang pelakon drama terkenal yang membintangi beratus drama,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai ahli perniagaan didapati menyewa rumah berkenaan.
“Polis merampas semua mercun dan mengambil keterangan suspek kerana menyimpan mercun terbabit.
“Siasatan dilakukan bagi mengesan dari mana mercun dan bunga api itu diperolehi dan harga ditawarkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, mengesahkan rampasan dan tangkapan individu yang menjual mercun berkenaan namun enggan mengulas.