BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Omar mohon dibayar RM194,579

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Bekas Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Omar Awang yang sebelum ini mendakwa ditukarkan ke bahagian lain dalam perkhidmatan awam ekoran surat berunsur fitnah, kini memohon diberi kebenaran menyemak semula jadual gaji selain memohon agar kerajaan membayar RM194,579.64 jumlah perbezaan gaji yang diterimanya.

Omar, 58, dalam permohonan semakan kehakiman bertarikh 20 Mei lalu, mendakwa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui surat bertarikh 16 Disember 2011 memaklumkan, beliau ditawarkan opsyen skim Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA).

Namun, beliau mendakwa, sehingga kini gaji yang diterima dan terma-terma perkhidmatannya masih kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) sedangkan pihaknya tidak pernah dimaklumkan bahawa tawaran opsyen tersebut telah dibatalkan.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Omar memberitahu pemberita, permohonan pihaknya supaya diberikan kebenaran bagi suatu prosiding semakan kehakiman untuk mengisytiharkan jadual gaji Omar dan terma perkhidmatan adalah selaras dengan SBPA akan didengar oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) pada 25 Ogos ini.

Tarikh itu menurut peguam berkenaan ditetapkan oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamad ketika pengurusan kes di kamar hakim dengan kehadiran Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan.

Omar selaku pihak pemohon menamakan Ketua Pengarah JPA, jabatan tersebut dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Pihak pemohon mendakwa, tawaran opsyen SBPA itu menyatakan bermula pada 1 Januari 2012 gaji beliau sebanyak RM14,115 kerana beliau telah bersetuju menerima tawaran SBPA pada 29 Disember 2011.

Walaupun telah menerima tawaran tersebut namun Omar mendakwa, sehingga kini jadual gaji dan terma perkhidmatan beliau masih di bawah SSM dan bukan SBPA.

Dalam afidavit sokongan bertarikh 20 Mei lalu, beliau memohon supaya Ketua Pengarah JPA menyemak dan menaikkan gajinya daripada RM8,710.01 kepada RM14,115 selaras dengan tawaran opsyen dan membayar RM194,579.64 iaitu jumlah perbezaan gaji sebanyak RM5,404.99 yang tidak diterimanya selama 36 bulan bermula 1 Januari 2012 sehingga kini.

Selain memohon perintah perisytiharan jadual gaji, Omar turut memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden pertama bertarikh 9 Februari lalu dan diterima pada 25 Februari lalu iaitu pihak kerajaan menafikan tuntutan yang dibuat melalui pejabat peguam cara yang mewakilinya.

Pihak pemohon juga memohon perintah mandamus untuk menyemak jadual gaji dan terma perkhidmatan, faedah perkhidmatan dan perintah supaya pihak responden membayar jumlah perbezaan gaji yang diterima di bawah SSM dan gaji yang sepatutnya diterima selaras dengan opsyen SBPA.

Pada 11 September 2014, Mahkamah Tinggi di sini menolak saman Omar untuk menuntut ganti rugi RM4.2 juta terhadap bekas Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan kerajaan atas dakwaan mengeluarkan surat berunsur fitnah sehingga beliau ditukar ke bahagian lain perkhidmatan awam serta diturunkan pangkat.
 
teringat omar...
omar boleh jadi perempuan arahan director ahmad nisfu..
 
Ini selalu berlaku. Banyak kawan2 terkena cmnie.
 
Memang selalu terjadi kes macam ni. Ayah saya pun kena dulu, bertahun juga.
 
Back
Top
Log in Register