Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
27.04.2020 - Port Dickson, Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui mati selepas dipercayai jatuh ke dalam perigi di Linggi, Port Dickson petang semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 3.45 petang semalam, Balai Polis Linggi menerima panggilan dari orang awam berhubung penemuan seorang lelaki yang dikenali sebagai D.M. Peter Vevason, 38, dalam sebuah perigi tidak berpagar.
"Ekoran itu, polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa yang berumur 38 tahun adalah seorang OKU dan mayatnya disahkan oleh ahli keluarga. Siasatan di tempat kejadian menemui sepasang selipar dan tongkat plastik berada dalam perigi itu.
"Pasukan Bomba menaikkan mangsa yang tenggelam dalam lumpur perigi itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson dan bedah siasat dijalankan pagi ini.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat lemas. Siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan," katanya.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/571827/oku-lemas-dalam-perigi