BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OKT mati dalam lokap

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,253
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,253
Reaction score
1,660
Points
201
polisi_1612480751.jpg


ALOR SETAR: Polis sedang melakukan siasatan menyeluruh kes kematian orang kena tahan (OKT) yang juga bekas sukarelawan polis ketika dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, 28 Januari lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terbabit selain kecederaan yang mungkin berlaku akibat pergelutan semasa penahanan.

"Sehingga kini, 47 saksi sudah dipanggil dan dirakam percakapan. Mereka adalah ahli keluarga, pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam tangkapan serta pegawai dan anggota polis yang menjaga lokap.

"(Turut dirakam percakapan) OKT lain yang ada bersama dalam lokap semasa lelaki ditahan dan juga pegawai perubatan Hospital Yan dan Hospital Sultanah Bahiyah, di sini," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, OKT itu, Muhammad Afis Ahmad ditahan pada 27 Januari lalu, mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan berkaitan kes curi dan menyamar sebagai anggota polis.

Hasanuddin berkata, ketika tangkapan dibuat lelaki itu bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis, yang menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka, telinga dan dahi.

"Pada jam 12.30 tengah malam 28 Januari, lelaki berkenaan didapati tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Yan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi," katanya.

Beliau berkata, bedah siasat oleh pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah keesokan harinya (29 Januari) , mengenal pasti punca kematian disebabkan oleh 'blunt force trauma' di bahagian kepala. Bagaimana pun laporan penuh bedah siasat itu belum diperoleh.

Katanya, OKT sebelum itu pernah berkhidmat sebagai sukarelawan polis di IPD Kuala Muda antara 2013 dan 2014 sebelum ditamatkan perkhidmatan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

"Dia juga sebelum ini pernah ditahan lapan kali erana dadah dan jenayah serta pernah dikenakan hukuman oleh mahkamah… pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus dan profesional untuk mengenal pasti punca kematian," katanya.


== bharian
 
Last edited:
Kematian anak dalam tahanan, keluarga bingung

MGF03022021__-PC-IBU-BAPA-MANGSA-KEMATIAN-LOKAP2.jpg


KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga di utara tanahair bingung apabila pihak berkuasa masih gagal untuk memaklumkan punca kematian anak mereka ketika ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Kedah.

Ibu arwah Mohd Afis Ahmad, Asnah Ahmad berkata, pihak berkuasa tidak memberitahu mengenai kematian anaknya itu sehingga hari ini.

“Saya sebagai ibu rasa terkilan sebab yang mati itu anak bongsu saya, kami cuma ada anak tiga orang sahaja, dua perempuan dan seorang lelaki.

“Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi kepada anak bongsu saya, saya minta keadilan daripada kejadian ini dan minta pihak polis siasat betul-betul mengenai kes anak saya ini, saya tidak boleh kata apa dah,” katanya kepada media pada sidang media maya yang diadakan oleh Eliminating Deaths and Abuse in Custody (Edict), hari ini.

Mangsa, Mohd Afis berusia dalam lingkungan lewat 30an meninggal dunia di dalam lokap polis antara 27 Januari dan 28 Januari lalu.

Allahyarham didakwa ditahan tanpa dimaklumkan kepada anggota keluarga dan telah dibawa oleh sepasukan enam anggota polis berpakaian preman ke kediamannya untuk menggeledah pada 27 Januari 2021 dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Dakwa bapa arwah, Ahmad Daud, Mohd Afis dibawa balik ke rumah dengan kepalanya penuh darah untuk proses penggeledahan.

“Dia bukan seorang yang pendiam, dia suka tolong orang. Menurut abang iparnya, ada darah keluar daripada telinga mangsa dan mereka sempat membersihkannya. Proses penggeledahan rumah kami berlangsung selama 30 minit,” kata Ahmad.

Bapa, Ahmad Daud ditemani isterinya, Asnah Ahmad bercakap secara dalam talian punca kematian anak mereka, Mohd Afis Ahmad ketika ditahan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Kedah. Foto AFFAN FAUZI, 03 FEBRUARI 2021.

Menurut keluarga mangsa, Mohd Afis ditahan pada 27 Januari lalu di Gurun dan dibawa ke rumah ibubapa untuk tujuan penggeledahan.

Jelas Asnah, pihak polis tidak diberitahu mengapa anaknnya ditahan dan hanya menunggu panggilan daripada pihak mereka.

Keesokkannya, Ahmad mendapat panggilan telefon daripada pegawai polis yang memberitahu anaknya telah meninggal dunia di dalam tahanan.

Abang ipar Mohd Afis, Shamsul Jamaludin yang juga menyertai sidang media itu menambah bahawa polis tidak pernah mendedahkan alasan mengenai penangkapan Mohd Afis walaupun dia dibawa ke rumahnya untuk diperiksa.

“Ibu saya (mertua) bertanya di mana dia (Mohd Afis) dibawa dan mengapa, polis mengatakan dia akan dibawa ke Alor Setar dan memintanya untuk menunggu panggilan dari polis,” tambah.

Menurut pengerusi Edict, M. Visvanathan, doktor yang melakukan bedah siasat mayat Mohd Afis mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah akibat hentakan objek tumpul di kepala.

“Pengesahan doktor mengeai punca kematian telah disahkan sebagai blunt force trauma to the head (pukulan objek tumpul di kepala). (Mohd) Afiz ditahan tanpa dimaklumkan kepada keluarga,” katanya.


== MalaysiaGazette
 
Time bwk ke rumah x bgi pasal ni ke kt waris

Beliau berkata, OKT itu, Muhammad Afis Ahmad ditahan pada 27 Januari lalu, mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan berkaitan kes curi dan menyamar sebagai anggota polis.

Hasanuddin berkata, ketika tangkapan dibuat lelaki itu bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis, yang menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka, telinga dan dahi
 
takut nak komen so better diam ajer
 
Gantung baju la sapa yg terlibat....silap2 ngn ma ka dr ka yg rawat dia first tu pun kena....
 
"Dia juga sebelum ini pernah ditahan lapan kali erana dadah dan jenayah serta pernah dikenakan hukuman oleh mahkamah… pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus dan profesional untuk mengenal pasti punca kematian," katanya.

8 kali dh kena pgg dgn polis psi dadah&jenayah lain makcik/pakcik aiii...xkan xtau kot sblm2 ni pya kes..hat kena dakwa di mahkamah, xkan makcik/pakcik xpi tgk/jamin anak kesayangan?
 
"Dia juga sebelum ini pernah ditahan lapan kali erana dadah dan jenayah serta pernah dikenakan hukuman oleh mahkamah… pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus dan profesional untuk mengenal pasti punca kematian," katanya.

8 kali dh kena pgg dgn polis psi dadah&jenayah lain makcik/pakcik aiii...xkan xtau kot sblm2 ni pya kes..hat kena dakwa di mahkamah, xkan makcik/pakcik xpi tgk/jamin anak kesayangan?
Saje je nak ajinomoto sikit, cakap la kat ripota tak tau apa sebab.
Padahal kalau ada rekod tu, takkan buta perut tak tau hehe.
Just sayin.
 
Back
Top
Log in Register