ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Awie dilantik sebagai duta minuman LongJack Extra baharu keluaran OK Group. - Foto LongJack Facebook
ORANG Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) menyasarkan jualan RM20 juta tahun bagi pasaran tempatan dan luar negara menerusi pengenalan produk minuman kesihatan baharu mereka, LongJack Extra.
Pengarah Urusan Kumpulan OK Group Habibul Ajmi Manggar berkata, LongJack Extra bakal memasuki pasaran negara luar menjelang suku ketiga tahun ini seperti Indonesia, China, Eropah dan Timur Tengah, selain pasaran Asia Tenggara.
“Sehingga kini, 65 peratus jualan disumbangkan pasaran tempatan dan 35 peratus lagi pasaran antarabangsa," katanya selepas pelancaran LongJack Extra dan pelantikan penyanyi Awie sebagai dutanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Produk yang boleh diperolehi di pasar raya seperti Mydin itu juga bakal memasuki rangkaian farmasi Watson dan Guardian.