BTC USD 84,627.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Off topic

sampai masa nnti akan datang la sesuatu untuk mengubah diri die. siapa la kite untuk menilai amalan org lain. dah hampir masuk bab riak tu
 
Tt pesan2 le kt kwn tu..kawin je la..pesan cara gurau le takut dia xleh terima lak...renung2kan selamat beramal
 
Sembahyang utk mencuci nafsu.. nafsu x bersalah, akal yg membuat keputusan. Kalau sembahyang still buat maksiat, something wrong la dgn solat tu.

Ramai yg smbahyang..tp tanpa rukun dan tertib yg betul.

cuba tanya dia,

1. Apakah maksud Solat?
2. Apakah kesempurnaan solat?

ramai yg solat hanya berdasarkan Qouli(lidah) dan Fe'li(pergerakan), tapi hati xde (Qalbi)

dan ada yg membaca tapi xtau apa yg dibaca..

wallahualam
 
sampai masa nnti akan datang la sesuatu untuk mengubah diri die. siapa la kite untuk menilai amalan org lain. dah hampir masuk bab riak tu

Saya tak kata saya menilai nya.saya cuma kata sy nak tau lebih dalam tentang hal ni..kalau saya riak dan memilih kawan sy tak kawan dengan dia..sy bertanya dr segi hukum hakam islam...bukan untuk aib atau apa-apa..cuma untuk memahami apa yang terjadi kalau seseorAng yg buat macam ni..sebab bertanya lebih baik dr sy kuar hukum hakam sendiri..ikut suka hati sy..
 
Salam semua harini aku dok baca blog semua dan mencari jawapan tentnag seprang teman...
Aku musykil tentang dia..sebab dia seorang yang tidak tinggal solat tapi satu tabiat dia ni suka bebuat benda tak baik dengan gf dia...tapi tahu hukum hakam ...

-soalan aku pelik kenapa dia buat macam tu?sedang dia solat.aku penah tanya dia hal ni.dia jawab dia selalu solat taubat tetapi tetap jugak tak boleh tinggal gf..dia bukan jenis social pon yang aku nampak.dia jenis suka duduk rumah jugak.

-macam mana rezki nya?rezeki nak dekat ke ngan dia kalau macam ni.aku penah tegur rezeki takkan lekat sebab ada dosa.jawapan dia dia banyak istighfar n baca dia murah rezki..

Aku tak paham betul2 xpaham ...maaf bukan untuk mengaibkan..cube aku nak bertanya cara dia buat tu..bagi aku tak baik..buat apa solat kalau buat benda maksiat.allah terima solat dia ?

Aku bukan pandai ilmu agama ..cume bila jadi macam ni aku pon tak paham..tau agama tapi buat mcam tu...

TT, pernah baca tak cerita tentang Fazil Bin Ayaz?

Fazil ni ketua perompak, dan perompak yg paling digeruni di padang pasir. Walaupun dia ni perompak, tapi dia tak pernah meninggalkan solat 5 waktu, berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat. Pernah dia ditanya kenapa dia masih merompak sedangkan dia juga seorang islam yang taat kepada segala perintah Allah, lalu dia menjawab:

“Aku merompak kerana itu saja kebolehan yang aku ada bagi mencari rezeki. Aku bersembahyang dan mengeluarkan zakat kerana mengharapkan keampunan dari Allah.”

Suatu hari, sewaktu ayah kpd Imam Hambali (masa ni Imam Hambali belum lahir lagi) dan kabilahnya melalui padang pasir, mereka dirompak. Ironinya, ayah Imam Hambali yg bernama Muhamad, menyerahkan 100,000 dinar kpd Fazil, kerana menyangka Fazil adalah orang luar yg boleh dipercayai.

Akhirnya Fazil menerima hidayahnya hari itu, dan dia bertaubat dengan sebenar2 taubat di hadapan mereka semua, sehinggakan taubatnya itu, mampu memindahkan gunung pasir ke tempat lain, dan mampu menukarkan segenggam pasir menjadi emas.

Moral of the story TT, walaupun kita berbuat dosa, tapi mengerjakan perkara2 wajib adalah WAJIB. Bukan bererti bila kita buat dosa, maka kita kena berhenti dari melakukan Ibadah Wajib. Ibadah tetap ibadah, dosa tetap dosa. Ia tidak bercampur. Dosa adalah kerana kelemahan kita, tapi ibadah yg kita lakukan, adalah keranan kita masih takut dan berharap kpd Pencipta kita. Jangan sesekali kita berputus-asa daripada rahmat Allah.

Mungkin hari ini kita seorang yg berdosa, tapi jika kita terus-menerus berdoa, meminta kekuatan utk melawan kelemahan diri, Insya Allah, hamba2 yg ikhlas meminta bantuan, akhirnya akan pulang dalam keadaan suci bersih kpd Penciptanya.

Saya kongsikan video Habib Al Jufri di bawah.

http://www.youtube.com/watch?v=ezvX8ENjAb0
 
terima kasih tuan ....bagi penerangan yang terperinci...
 
Maafkan saya jika saya bertanya kepada anda semua ...saya tau tag saya tentang rezeki tadi memang ramai tak suka...saya dah ckp niat saya bukan nak cerita aib orang...tapi saya cuma nak tahu pandangan rezeki itu sendiri dan tentang solat..untuk jadi pemahaman saya,,,sebab saya bukan pandai sangat hukum hakam...ada yang masih nak belajar....bukan untuk cerita pasal dia buat tak baik dengan gf dia...fokus saya hanya pada cerita ni berkait rapat dengan amalan seharian...saya dah nasihat dia sebenarnya cuma dengan cara bergurau..tak mahu terasa...sebab saya jenis suka berpikir dan mengait dengan situasi sebab di youtube ustaz banyak berkait tentang berdosa besar dan rezeki menjadi sempit...
 
Back
Top
Log in Register