BTC USD 84,627.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Off topic

Bro....rezeki..jodoh..maut..semua hak Allah..hidayah pun hak Allah..bab rezeki ni bro..org yg buat jahat xigt tuhan pun Allah bg kaya raya..org yg betul2 beribadat kpd Allah cuma setakat cukup mkn...semua ni di luar bidang kuasa kita..semua hak Allah..kita cuma perlu terima dan tawakal atas segala yg terjadi dan berusaha utk jd yg lebih baik...dan sentiasa berdoa kpd Allah...wallahu'alam
 
Aku pernah dgr ustaz bagi ceramah.. Dia bagi tahu kenapa ada org sembahyang tp masih melakukan dosa2 besar. Ustaz bagi tahu, solat dia tak diterima sbb mgkn semasa dia solat, dia berada dalam hadas besar.. mandi tidak sempurna. So, amalan solat dia tu tak dietrima sbb tak suci. Bukan kah solat itu mencegah amalan yg mungkar..Jika solat itu diterima, nescaya Allah pelihara dr perkara2 yang tidak elok. Ni bukan aku ckp tp ustaz yg ckp... Wallahu'alam
 
solat itu tidak sempurna jika masih belum mampu mencegah kita dari melakukan dosa besar..

sama2 muhasabah diri
 
sebab dia taubat. walaupun dia ulang balik, dia taubat balik. tu kelemahan iman dia.

allah suka orang bertaubat selepas buat silap walau berkali2.

Cuma jangan ada niat nak buat dosa balik, takut mati dalam dosa.
 
nafsu mmg payahla nk kawal..bkn xde tok imam yg terjebak

suh je nikah cepat2
 
Allah terima x solat dia tu, kat sini sape pun xleh jawab..
Allahua'lam.
 
Kita masuk syurga bukan sebab solat, sedekah @ zakat

Kita masuk syurga sebab rahmat Allah
 
itu maknanya kawan tt tu manusia normal yg ada nafsu.
kawin ajolah apa susah.

solat itu sepatutnya mencegah perkara keji dan mungkar.
bila dia solat tapi pada masa yg sama dia masih buat maksiat, maknanya solatnya belum sempurna. orang yg sempurna solat insya Allah kuat pegangan iman dia mengatasi nafsu.

bab rezeki.
mana boleh tt pesan mcm tu dkat dia. karang dia solat sbb nak murah rezeki pulak.
orang kapiaq tak penah solat2 pun rezeki murah aja. kuncinya USAHA
 
Pesan Imam Al-Ghazali

Jika berjumpa dengan kanak-kanak , anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa, sedangkan kita entah berapa banyak berdosa sesama manusia dan kepada Allah s.w.t.

Bila bertemu dengan orang yang lebih tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana mereka sudah lama beribadat dan sudah banyak pengetahuan dan pengalaman daripada kita.

Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia mempunyai banyak ilmu yang telah dipelajari dan diketahui daripada kita.

Bila melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia membuat dosa dalam keadaan dia jahil. Sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Jika melihat orang yang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia daripada dia. Ini kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal dan insaf serta bertaubat atas kesalahannya.

Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati kita bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Agama Islam. Maka segala dosanya akan diampunkan oleh Allah...

sedangkan kita???
 
Back
Top
Log in Register