Kalau tak silap aku OD untuk rumah ada dua jenis;
1) Rumah dah habis bayar
Dalam kategori ni rasanya apa saja property boleh dicagarkan
untuk buat OD, tanah ker, rumah kedai ker...bawak jer geran
cakap nak buat OD tapi kelemahannya Margin of Finance rendah
compare to ASB. Mungkin bole dapat 60% jer kot dari market value
, interest dia tak tahu menarik ker tak..
2) Rumah baru, belum habis bayar
Yang ni korang nak beli rumah baru so masa apply loan tu cakaplah
ngan officer tu nak buat loan yang ada
OD facilities(redraw facility - Musyarakah Mutawasitah kot). Kena hati2 sebab bukan semua officer tahu pun pasal mende nie dan setiap bank ada dia punya minimum financing baru boleh dapat kemudahan ni. Depend lah, nasib baik dia kasi
70:30 or just 50:50 jer...Yang famous kemudahan ni HSBC amanah,Citibank,Standard Chart,CIMB etc...interest yang ditawarkan pun menarik jugak...contohnya rumah loan 200k, 100k acc. OD, 100K term loan...kira OK lah dapat
jugak merasa OD 100K tapi harus diingat, kita cuma boleh guna amount yang dah dibayar aje lah..katakan dapat bonus 20K masuk akaun OD, so bila2 sesak boleh keluarkan balik. Lagi satu, monthly punya instalment takdelah tinggi sangat..katakan biasa bayar bulan2 rm1K, kalau pakai combination ni mungkin bayar rm500 pun dah OK tapi masalahnya, kalau korang asyik amik balik jer dari akaun OD tu bila masanya loan rumah nak settle..tapi kalau pandai rolling rasanya should be OK. Itulah pemahaman aku, kalau ada salah sila betulkan.....aku tunggu masa nak re-finance rumah aku ni, lock in 5 tahun, tinggal lagi 2 tahun..

