BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OCBC perkenal e-borang pintar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Thing Tock Kong


OCBC Bank (Malaysia) Bhd memperkenalkan borang elektronik (e-borang) pembiayaan perdagangan peka kesilapan pertama di negara ini, yang dijangka mencegah kelewatan berpunca daripada kesilapan dan ketinggalan maklumat pelanggan.

Ketua Pembiayaan Perdagangan Global OCBC Bank, Thing Tock Kong berkata, pengenalan borang pintar itu perlu memandangkan kira-kira satu perlima daripada arahan pembiayaan perdagangan bank itu tertunda akibat kesilapan dan ketinggalan maklumat pada borang.

Menurut Tock Kong, proses mengisi borang permohonan sentiasa menjadi masalah dalam pembiayaan perdagangan, terutamanya kerana ia satu proses yang teknikal dan mengelirukan.

“Hakikatnya, proses ini bertambah sukar lebih-lebih lagi orang yang mengisi borang mungkin tidak biasa dengan selok-belok pembiayaan perdagangan.

“Kami telah merangka e-borang peka kesilapan ini selama setahun dan kami gembira untuk menyaksikan pelancarannya," katanya semasa berucap di pelancaran e-borang itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, e-borang itu menggunakan kombinasi bahasa lebih mudah, senarai menurun, pilihan tersedia dan penolakan automatik aksara yang tidak boleh diterima.

Menurutnya, ujian perintis mendapati pengguna dapat mengisi e-borang pintar itu dalam masa sepantas lima minit, berbanding sehingga 30 minit bagi mengisi borangsebelum ini.
 
Fizikal form da kurang releven sekarang..
 
Back
Top
Log in Register