BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nyanyuk semakin kritikal

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
Usia tua dan kerap lupa antara gejala awal Alzheimer

SEBUT saja nyanyuk, pasti ramai dapat membayangkan penyakit yang lazimnya dialami ibu, bapa atau datuk dan nenek berusia lanjut yang gagal mengingati banyak perkara, termasuk nama insan yang rapat.

Silap jika ada yang memandang remeh perkara ini kerana hakikatnya, tanpa disedari, kita sebenarnya sedang berdepan ‘darurat’ membabitkan kesihatan masyarakat dan penjagaan sosial apabila sejumlah 4.6 juta kes baru nyanyuk dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh setahun.

Ringkasnya, satu kes baru membabitkan penyakit itu dilaporkan setiap tujuh saat! Malah menjelang 2050, dianggarkan 100 juta pesakit nyanyuk atau dementia dilaporkan di seluruh dunia, termasuk cabang penyakit itu - Alzheimer yang ketika ini dihidapi kira-kira 18 juta orang di seluruh dunia.

Alzheimer adalah penyakit nyanyuk paling umum dialami warga emas, khususnya yang berusia lebih 65 tahun.

Ia mengakibatkan daya ingatan, pemikiran, tingkah laku dan emosi terjejas. Perkara yang sebelum ini mudah dilakukan seperti memberus gigi, sebaliknya terlalu sukar untuk dilakukan. Lebih menakutkan, penyakit ini boleh dialami sesiapa saja daripada pelbagai latar belakang pendidikan mahupun kebudayaan.

“Ramai orang silap apabila mengaitkan Alzheimer dengan proses penuaan semula jadi, sedangkan ia bukan begitu. Pencegahan mungkin boleh, malah menerusi penjagaan dapat meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit nyanyuk dan keluarga mereka.
 
aku igtkan TT yang nyanyuk :))
 
Back
Top
Log in Register