BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nurul tomyam seafood

X silap dorang pindah kat lot kedai dekat SSF tu la sebab kalu lalu pepagi ade lagi bau masakn dorang
 
ye ke bro.....aku lalu hari hari situ....tadi aku ade tgk tgk jgk..xnmpk pn ade kedai.....ssf pn dh pndah pucong
 
ntah lar... aku dulu selalu makan nasi lemak kat belakang kedai tu...
 
best ke dia masak?

lebih baik buat sendiri, nah aku bagi resepi dia

TOM YAM GOONG
Bahan-Bahan:
4 cawan air rebusan (sup boleh disediakan dengan tulang lembu atau tulang ayam ditambah dengan carot dan batang saderi
dan halia, dimasak sekurang-kurang 45 minit). Boleh juga gunakan sup stok ayam.

250gm udang besar yang dibersihkan. Buang kulit badan dan tinggalakan kepala dan ekor. Jangan buang Lemak udang yang
terdapat di bahagian kepala (berwarna oren) kerana ia memberi perasa udang yang segar pada sup anda.
4-6 cili padi diketuk sedikit.
4-6 hirisan lengkuas segar.
2 batang serai di potong serong.
1 biji bawang besar dibelah empat.
2 akar pokok daun sup/ corriander root yang dipotong dan daun digunakan sebagai hiasan.
1 sudu kecil garam.
4 sudu besar jus limau nipis.
1 1/2 sudu pes cili Nam Prik Poa.

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan sup sehingga mendidih. Masukkan serai, lengkuas, bawang dan garam. Biarkan masak 4-5 minit sehingga sup anda
mengeluarkan keharuman bahan perencah segar.

2. Lumurkan 1/4 sudu kecil garam pada udang yang telah bersihkan dan disimpan dalam bekas. Masukkan air dalam sebuah
bekas lain dan masak cendawan sehingga masak. Toskan air dan masukkan cendawan dan udang yang telah dibersihkan ke
dalam sup tom yam anda yang sedang masak. Udang hanya perlu masak dalam seminit. Bila udang anda berubah warna
masukkan sos ikan dan matikan api dapur. Pada peringkat ini sekiranya anda ingin masukkan susu sejat boleh juga dilakukan.

3. Bila api dapur di matikan masukkan Jus limau, daun limau purut, dan pes Nam Prik Pao, Cili Api yang telah diketuk.
Rasa sup anda. Adakah sup anda cukup masam? atau Masin?. Jika tidak tambahkan garam atau air perahan limau nipis
1/2 sudu teh, dan rasa. Ulangi cara ini sehingga anda dapat rasakan kemasinan dan kemasaman sup tom yam anda cukup.
Hiasakan dengan daun beriani/ daun rempah atau pun daun pudina segar, daun bawang di atas sup tom yam goon anda.
 
wah....Syukrannnnn! :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register