BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nurul Izzah, Saifuddin dilantik pengarah pilihan raya PKR

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Nurul Izzah, Saifuddin dilantik pengarah pilihan raya PKR

Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah pilihan raya bersama PKR.

Ketua Penerangan Fahmi Fadzil berkata biro politik PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengadakan mesyuarat hari ini dengan ahli merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat Rafizi Ramli.

Rafizi - yang baru-baru ini meletak jawatan sebagai menteri ekonomi selepas tewas dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden parti kepada Nurul Izzah.

Nurul Izzah sebelum ini merupakan pengarah pilihan raya PKR dari 2022 hingga 2025.

“Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan di atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti mantan timbalan presiden dan pimpinan lainnya, serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan.

"Mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global, serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah,” kata Fahmi dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam bicarawara yang baru dilancarkan semalam, Rafizi menyatakan keyakinannya bahawa tidak ada sebab untuk dia kekal dalam kabinet sekiranya jawatan menteri itu menyebabkan dia kehilangan keupayaan untuk menyuarakan pandangan tertentu.

Sementara itu, Fahmi mengumumkan bahawa pelantikan bagi jawatan yang lain kekal sama.

Fuziah Salleh (setiausaha agung), William Leong (bendahari agung), Fahmi (ketua penerangan), dan Mustapha Sakmud (Pengerusi Sabah) kesemuanya mengekalkan jawatan mereka.

Peletakan jawatan Rafizi daripada parti itu disusuli oleh sekutunya Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, yang meletak jawatan sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar selepas gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian dan naib presidennya.

Pemilihan PKR menyaksikan perpecahan di kalangan ahli, dengan pengkritik tertanya-tanya sama ada kemenangan Nurul Izzah adalah disebabkan oleh nepotisme kerana bapanya Anwar Ibrahim adalah presiden parti dan perdana menteri.

Pemilihan itu juga menyaksikan dakwaan penyelewengan, yang mendorong pucuk pimpinan parti mengadakan mesyuarat tergempar.

Fenomena 'badan tanpa kepala' muncul semasa pemilihan bahagian, dengan beberapa kumpulan memenangi pemilihan jawatankuasa, namun gagal dalam pertandingan untuk ketua bahagian.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
ramai yg gelak bila dua org nie dilantik...ade muslihat sebenarnye dan ade kekuatan sendiri

saifuddin menteri KDN , ade access intelegent untuk counter pembangkang dgn info2 yg ade

izzah plak pakar cari dana luar mcm USAID dan org paling dipercayai dan takkan belot..

walaupun dua2 kalah PRU..bukan itu yg anwar nak..yg dia nak access inteligent ...itu paling berguna ketika PRU
 
ramai yg gelak bila dua org nie dilantik...ade muslihat sebenarnye dan ade kekuatan sendiri

saifuddin menteri KDN , ade access intelegent untuk counter pembangkang dgn info2 yg ade

izzah plak pakar cari dana luar mcm USAID dan org paling dipercayai dan takkan belot..

walaupun dua2 kalah PRU..bukan itu yg anwar nak..yg dia nak access inteligent ...itu paling berguna ketika PRU
Confirm PKR boleh dapat 80 kerusi lepas ning.
 
Back
Top
Log in Register