Aku sempat sambung skit je pasal ni malam ni.
Numpang kampung tanpa wayar punya line.
Jenuh dok dalam gelap ni tenyeh nyamuk.
Numerology ni manfaat dia besar.
Cuma jangan jatuh taksub atau takjub.
Semuanya berbalik kepada susunatur Allah dan pilihan kita.
Ianya berkisar kepada sebelum, sedang dan selepas kita terdedah kepada bentuk 'sudut pandang' cabang ilmu ni.
Bilamana aku gunapakai pilihan perkataan 'tuning' atau ada yang lebih selesa dengan 'allignment', ianya adalah benda yang sama atau hampir serupa.
Numerology hanya panduan kepada perjalanan kehidupan aku.
Panduan yang dalam kurungan.
*Berbalik kepada barangkali berlaku/benar atau tidak berlaku/tidak benar.
Untuk memberi gambaran mudah tentang 'tuning' berpandukan numerology ni,
ianya hanyalah antara 3 jalan.
Tinggi IQ atau tinggi EQ atau tinggi SQ?
Tinggi IQ tak semestinya tinggi EQ dan SQ.
Tinggi EQ tak semestinya tinggi IQ dan SQ.
Tinggi SQ juga tak semestinya tinggi IQ dan EQ.
Ianya memerlukan kesemuanya seimbang atau dilebihkan SQ kemudian EQ.
IQ akan hadir dengan sendirinya.
Secara harfiahnya, jika anda dahulukan IQ..lagi 90% nilai dalam diri tu perlu dicari.
Jika mendahulukan EQ, 70% IQ akan hadir dengan sendirinya dan dipenuhkan dengan SQ.
Jika SQ didahulukan, EQ akan hadir dengan 70% dan 130% akan hadir melalui IQ.
*Dalam 24 jam sehari ada 3x lapan jam.
1 bahagian untuk kerja.
1 bahagian untuk rehat.
1 bahagian untuk ibadat.
Ada orang pecahkan kesemua tu mengikut kesediaan dan senggam masa yang terluang.
Ada yang sedikit 'advance', mampu melakukan semuanya serentak tanpa perlu membelah bahagikan masa tersebut.
*Semalam aku tweak skit lagi anak angkat aku pasal akademik.
Jika 'jangkau akal' kita sampai..segalanya menjadi mudah.
Maksudnya apa yang berlaku/disediakan/dibentangkan/diajukan/ dan bermacam lagi persoalan dilontarkan..jangan terus jawab.
*Sebab barangkali soalan itu sebenarnya tergantung.
Weh..aku tak tahu korang faham ke tak apa aku taip ni.