BTC USD 83,375.1 Gold USD 4,168.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Novel Lucah Menjerumus Zina

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Novel Lucah Menjerumus Zina


image.jpg

Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus​


Kajian pakar mendapati ketagihan pornografi di kalangan kanak-kanak dan remaja menyebabkan kerosakanotak yang membawa kemurungan serta masalah tingkah laku seperti kecenderungan untuk melakukan kesalahan berbentuk seksual.

Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus berkata, ia membimbangkan kerana remaja Melayu dan wanita merupakan pembaca serta pembeli utama novel cinta yang mengandungi plot-plot berunsur lucah.

“Kita tidak mahu generasi yang bakal mewarisi negara kita memiliki masalah sosial yang boleh meruntuhkan nilai murni yang dipertahankan masyarakat.

“Oleh itu pihak bertanggungjawab perlu meneliti masalah ini secara tuntas dan pantas agar ianya dapat dibendung dengan segera. Gunakan segala peruntukan yang ada dalam undang-undang untuk membanteras atau merampas bahan berunsur pornografi
yang dijual,”
katanya.

Katanya, syarikat penerbitan juga perlu lebih bertanggungjawab ketika menerbitkan novel-novel cinta ini.

“Kita tidak dapat nafikan aspek keuntungan penting dalam perniagaan.

Namun mencari keuntungan material tanpa memerhatikan norma akhlak dan peraturan agama bercanggah dengan etika perniagaan sebagaimana ditetapkan syarak.

“Bagi penulis novel, mereka harus fokus kepada kekuatan jalan cerita dan unsur positif yang dapat diterapkan kepada pembaca bagi mengeluarkan produk bermutu dan ‘best seller’.

“Jika kita teliti secara jujur adegan lucah yang diselit dalam novel tersebut sekiranya dibuang tidak mengganggu jalan cerita. Oleh itu apa motif sebenar adegan seks itu? Masing-masing tepuk dada tanya selera".

“Atas dasar ini saya perlu beri pujian kepada Grup Buku Karangkraf atas inisiatif mereka mengelakkan unsur lucah dalam novel baru terbitanmereka sebagaimana dimaklumkan oleh Pengurus Besar Penerbitan mereka, Puan Sri Diah Shaharuddin.

Penerbit novel lain perlu meneladani sikap Grup Buku Karangkraf ini agar pasarannovel tempatan bebas unsur lucah.

Bagi ibu bapa, pantau apa dibaca anak anda. Jangan benarkan apa jua bahan pornografi memasuki rumah anda agar mereka dapat membesar dalam suasana positif. Memang kita perlu menerapkan minat membaca, namun bahan bacaan perlulah selari dengan syarak,”
ujar beliau.

Tegas Mohd Yaakub, Firman ALLAH SWT dalam surah al-Isra’ ayat ke 32: “Janganlah kamu mendekati zina, karena sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan jalan yang sangat buruk.” Menerusi ayat ini ALLAH SWT bukan sekadar mengharamkan perbuatan zina, bahkan
mengharamkan apa jua jalan-jalan yang boleh menjerumuskan seseorang kepada perbuatan zina.

Beliau menghuraikan, dalam ilmu fekah diistilahkan sebagai Sa’du Zarai’e atau menyekat jalan. Islam sebagaimana dimaklumi, jika mengharamkan sesuatu, maka ditutuplah jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu. Dalam kes zina ini perbuatan yang mendekati zina seperti percampuran bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, berdating, menonton filem lucah, melihat gambar lucah, berpakaian mendedahkan aurat termasuk membaca bahan lucah.

“Membaca bahan lucah walaupun tidak bergambar tetap dapat menaikkan nafsu syahwat. Ini kerana ketika membaca, otak kita memproses bahan bacaan tersebut dan menterjemah serta memberi gambaran dalam bentuk imaginasi kepada pembaca".

Proses inilah dapat merosakkan minda pembaca dan menyebabkan dia mencari jalan untuk melepaskan nafsu yang sedang membara.

Kebiasaannya, bagi golongan yang belum berkahwin ia akan berakhir dengan perbuatan onani yang turut diharamkan syarak. Onani ini sebenarnya hanya berupaya memberi kepuasan sementara kepada pembuatnya dan ia tidak lain hanya akan menambahkan lagi dorongan untuk melakukan hubungan seksual sebenar.

Ia boleh menimbulkan keinginan melakukan zina bahkan mendorong seseorang itu melakukan pencabulan seks seperti merogol pihak lain.

“Atas dasar ini pihak berwajib perlu memantau penerbitan novel berunsur lucah kerana ia boleh menjerumuskan seseorang ke lembah gejala sosial yang boleh meruntuhkan struktur masyarakat,” katanya.

Lebih jelas ujarnya, istilah “pornography” berasal dari “porneia”, perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini bermaksud “penulisan tentang pelacur”.

Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual dan bertujuan memberahikan pemerhati atau pembaca. “Oleh itu skop zina dalam bahan bacaan bermaksud bentuk penulisan yang memaparkan adegan seks atau apa jua aktiviti yang dapat membangkitkan nafsu sehingga mendorong pembaca melakukan aktiviti berbentuk seksual".

“Walaupun dalam sesetengah novel hanya memaparkan hubunganseks antara suami isteri, namun ia tetap dikategorikan bahan lucah yang boleh merosakkan jati diri pembaca,” akhiri beliau.






 
mmg buku ni senang nak dapat di kedai buku... dulu2
 
Back
Top
Log in Register