BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nota mengharukan dari Kamunting

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
“Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
"Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
"Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
Mencucuh kemaluan dengan api rokok
Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari


Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

sumber
 
Last edited:
giler bapak kejam.
patut ker menyiksa oarang sampai macam tu skali??
mmg takde perikemanusiaan laa.
 
x caye aku....x caye aku....x caye aku....x caye aku....x caye aku....
 
Mana ada...
Tipu nie...
Malaysia kan negara yg baik...
Pemimpin juga berhati mulia....
Takkan dibiarkan penyeksaan gini..
 
x mungkin.... mmm.. tak kan le nak buat camtu...huh
 
Mana ada...
Tipu nie...
Malaysia kan negara yg baik...
Pemimpin juga berhati mulia....
Takkan dibiarkan penyeksaan gini..

dh gi haji pulak tu
 
Agak2 ada tak Suruhanjaya yg akan ditubuhkan utk menyiasat perkara ini?
 
Masih baik berbanding negara jiran
 
betul ke ni??
kalau betul, memang bapak kejam la...
apsal suke sgt bogel2, main2 kemaluan ni?
 
Back
Top
Log in Register