BTC USD 85,826.5 Gold USD 4,164.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Norman menangis bubar KRU

my360cam

Active Member
Messages
1,625
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.jpg



KUMPULAN popular KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini.

Ketua kumpulan itu, Norman berkata, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.


"Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

"Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersamaa Joe Flizzow merupakan single terakhir kami," ujarnya.

Beliau ditemui pada sidang media konsert Gergasi KRU25 yang diadakan di Impiana KLCC pada Rabu.

Konsert berkenaan bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Norman yang menitiskan air mata pada pengumuman itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun.

Bagaimanapun, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

"Saya memgucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air," ujarnya.

Sementara itu, Edry berkata, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.

"Ini keputusan semula jadi yang sememangnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian," ujarnya.
 
anak die kan autisme kan....lagu best2 dorg ni
 
Fanatik, Fanatik, Fanatiiikk...
Fanatiknya duniaku
 
love their song... oh! la la.. hahahhaa
 
kalau tak bubar pun takpe..
biarkan jerlaa KRU tu..lagu2 sume lejen
 
x apa la....baru bubar kumpulan je..sbb komitmen kurga masing2..
asalkan jgn bubar company kru
semoga syarikat kru terus gah hingga wawasan TN50 :)cgrock
 
Dulu member cheq di sekolah rendah selalu ambik pisau toreh tulisan KRU atas meja kayu tu.

Cheq pun tak paham, apa benda lah KRU,KRU nih.....lepas cheq dengaq lagu AWAS, barulah cheq tau KRU tu kumpulan muzik....bukan SKRU aka SCREW tu...:D:D

Awas...gerak langkahmu ooo ohhh...:)):))
 
Dulu member cheq di sekolah rendah selalu ambik pisau toreh tulisan KRU atas meja kayu tu.

Cheq pun tak paham, apa benda lah KRU,KRU nih.....lepas cheq dengaq lagu AWAS, barulah cheq tau KRU tu kumpulan muzik....bukan SKRU aka SCREW tu...:D:D

Awas...gerak langkahmu ooo ohhh...:)):))

Pergh pengalaman silasroin skru ka:eek::eek::eek::)):))
 
Back
Top
Log in Register