BTC USD 85,450.0 Gold USD 4,208.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nora Danish Bawa Nadeem Balik Myanmar

Nampaknya, Nora Danish seperti dah tak kuasa nak sorok hubungan dia dengan anak menteri itu, malah dia dilihat mesra dan bahagia je bersama jejaka tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, baru-baru ini Nora Danish ada memuat naik sebuah foto dirinya dan Nadeem yang kelihatan seperti di airport. Nora memberitahu di dalam caption bagi gambar itu dia berterima kasih kepada Nadeem kerana sudi menemaninya melawat tok dan moyangnya di Myanmar.

Wah, nampakanya Nadeem bukan sahaja sudah mengenali keluarga serta ibu Nora tetapi kini sudah melangkah ke peringkat seterusnya untuk mendekati keluarga Danish ini di Myanmar.

Amboi memang sah lah Nadeem ni telah benar-benar berjaya buat hati si cantik Nora itu terpikat sepenuhnya. Kalau tidak tak mungkinlah sampai mahu di bawa ke kampungnya di Myanmar itu.

Murai Batu rasa eloklah mereka ni segera berkahwin,nampaknya green light dari keluarga Nora pun dah ada kan. Tinggal tunggu Nadeem masuk minang sahaja.

Apa-apa pun, Murai Batu doakan semoga hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

9202013_noramyanmar-a.jpg


korang nmpk x Nora macam pegang jari Nadeem.. Gambar beramai2 tu.. ke mate aku ni dh xbetul dah.. hehe..:-?
 
muke salin sbijik nazri...tgk bapak aku nyampah..tgk anak lg ak nyampah...
 
korang nmpk x Nora macam pegang jari Nadeem.. Gambar beramai2 tu.. ke mate aku ni dh xbetul dah.. hehe..:-?

tak kan pegang jari je...banyak kegunaan kot jari tu heh heh heh :">:">:p
 
Back
Top
Log in Register