BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nokia 8210 kembali popular

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Nokia 8210​

TELEFON bimbit Nokia 8210 yang dikeluarkan pada tahun 1999 kembali menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pengedar dadah di Britain.

Penjenayah memilih untuk mengunakan telefon bimbit jenis ini kerana ia sukar untuk dikesan polis kerana tidak memliki apa-apa kemudahan seperti wifi, GPS atau bluetooth.

Menurut salah seorang pengedar dadah yang hanya dikenali K2, dia memiliki tiga buah telefon bimbit model 8210 dan berkata telefon jenis ini lebih "dipercayai" berbanding telefon pintar yang lain.

"Polis akan dapat mengesan bukti dan lokasi jika menggunakan telefon pintar kerana ia dilengkapi dengan teknologi terkini seperti GPS, bluetooth dan sebagainya.

"Kebanyakan pengedar dadah menggunakan telefon jenis ini kerana saiznya yang kecil dan bateri telefon yang lebih tahan lam," katanya dipetik Mirror.uk

Sementara itu, seorang pemilik kedai telefon berkata model jenis ini kembali menjadi permintaan pelanggan.

"Saya tidak pasti mereka mahu mengunakan untuk apa dan tidak pernah bertanya kepada pelanggan," katanya.

Telefon bimbit Nokia model 8210 mempunyai berat 79g dan 101.5mm panjang ini adalah telefon yang paling kecil dan paling ringan yang pernah dikeluarkan syarikat Nokia pada ketika itu.
 
popular untuk pengedaran dadah je...kalau kat sini sape pakai or beli pun boleh kene syak ni...hehehe
 
dulu mahal telefon ni...sekang mahal gak sebab susah nak dapat
 
aku pernah guna dulu sampai kaput..
ternyata tepon tu tahan lama...
 
8250 cantik sikit...



.
 
wow butterfly, aku pon baru bercadang nak beli satu :D
 
Back
Top
Log in Register