Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 5 April 2013.
Terima kasih kerana menyalurkan maklumat dan kami akan membuat pemantauan mengenai syarikat berkenaan.
Kami ingin memaklumkan bahawa orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak menyimpan wang atau mendeposit dengan syarikat yang tidak dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (Bank). Senarai institusi yang dilesenkan oleh Bank untuk menerima deposit boleh didapati di laman sesawang Bank di :
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_hyperlink&pg=en_hyperlink_index&ac=57&lang=en
Orang ramai perlu berwaspada semasa membuat pelaburan bagi mengelakkan kehilangan wang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Maklumat lanjut mengenai skim kewangan yang tidak sah boleh diperolehi di laman sesawang Amaran Penipuan Kewangan di
http://fraudalert.bnm.gov.my
Untuk pengetahuan tuan, berikut adalah senarai syarikat/website yang telah dikenalpasti tidak mendapat kebenaran di bawah undang-undang yang diselia oleh Bank boleh dicapai di
http://www.bnm.gov.my/documents/2013/280313_FCA_en.pdf
Panduan untuk melindungi pelaburan pelabur:
o Menjalankan urusan hanya dengan institusi kewangan yang berlesen dan peniaga yang dibenarkan;
o Membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sebelum melabur/mendeposit wang;
o Tips Penting: sekiranya pelaburan tersebut menawarkan keuntungan yang lumayan, semak lebih lanjut bagi memastikan pelaburan
tersebut adalah sah di sisi undang-undang;
o Elakkan berada dalam tekanaan atau tergesa-gesa ketika hendak melabur;
o Bersikap curiga terhadap peluang pelaburan yang tidak mempunyai dokumen bertulis; dan
o Sekiranya pelaburan telah dilakukan, simpan kesemua salinan dokumen yang berkaitan dan surat-menyurat dengan syarikat pelaburan.
Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko terbabit dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.
Setiap pelabur perlu memainkan peranan dengan memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang. Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kepastian aktiviti -aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat. Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:
(i) Laporan Tahunan Berodit
(ii) Memorandum dan Artikel Pertubuhan
(iii) Borang 49 - Senarai pengarah syarikat
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my &
http://www.insuranceinfo.com.my
Terima kasih.
Lotfi Ismail
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel:
[email protected]