BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nisbah Malaikat 90 : Manusia 1

kebanyakkan malaikat mmg patuh...

ade satu kisah yang ade malaikat tak puashati pasal diciptakan manusia...

nah ALLAH kasi nafsu...terus kena laknat..

Aku ingat kisah ni..

tapi cari sampai sekarang merata-rata tak jumpa.

Hang ada tak?? Kalau ada paste sini buat bacaan kita semua..
 
namun daripada nisbah 1% tulah yang akan masuk syurga bagi Islam dan juga neraka bagi kafir laknat..
 
Aku ingat kisah ni..

tapi cari sampai sekarang merata-rata tak jumpa.

Hang ada tak?? Kalau ada paste sini buat bacaan kita semua..

Kononnya cerita Harut dan Marut yg sebenarnya cerita tu sama ada israiliyyat atau rekaan semata2... tiada sumber dari hadis dan alquran yg mengisahkan jln ceritanya yg sebegitu
 
Surah Al-Baqarah ayat 102:

Terjemah:
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: 'Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir'. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
 
Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus

254601_10150753388225206_829570205_20090547_4905960_n.jpg

"Jumlah malaikat ini tidak terhingga banyaknya.
Dari segi nisbahnya boleh dihitung seperti di atas tetapi bukanlah merupakan satu nilaian yang tepat"

Malaikat dicipta daripada cahaya dengan rupa bentuk yang tersendiri, berakal tetapi tidak mempunyai nafsu.

Mereka tetap patuh dan tidak sekali-kali akan menderhakai Allah SWT.

Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan, bukan jin dan bukan syaitan.

Malaikat yang wajib diketahui:

1) Jibrail a.s.
Tugasnya menyampaikan wahyu

2) Izrail a.s.
Tugasnya mencabut nyawa

3) Mikail a.s.
Tugasnya memberi rezeki

4) Israfil a.s.
Tugasnya menup serunai sangkakala

5) Munkar a.s.
Tugasnya menyoal dalam kubur

6) Nakir a.s.
Tugasnya menyoal dalam kubur

7) Raqib a.s.
Tugasnya menulis kebajikan

8) 'Atid a.s.
Tugasnya menulis kejahatan


9) Malik a.s.
Tugasnya menjaga neraka

10) Ridhwan a.s.
Tugasnya menjaga syurga


semoga bermanfaat..
ini sesuai sebagaimana firman allah dalam surah qaf ayat 17 dan 18
50_17.png


Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.


50_18.png

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
 
Oleh itu seorg manusia ada 2 malaikat yg 24 jam sentiasa bersama utk kerja merekod segala perbuatan manusia ni selagi manusia ni belum mati....
 
ramai sgt malaikat ni....malaikat mana yg paling akhir meninggal dunia?
 
ramai sgt malaikat ni....malaikat mana yg paling akhir meninggal dunia?

Malaikat pencabut nyawa tak silap aku...
Kerana dia yg ditugaskan... akhirnya dia akan lakukan utk dirinya sendiri

:-?
 
Back
Top
Log in Register