shukcaya
Legendary Member

- Messages
- 14,435
- Joined
- Mar 28, 2008
- Messages
- 14,435
- Reaction score
- 23
- Points
- 115
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

SEKALI pandang, tiada apa yang menarik mengenai motosikal dari Jepun ini, tetapi apabila sudah berada di atasnya, Kawasaki Ninja 250R bagaikan jentera menakjubkan apatah lagi mudah dikendalikan.
Dijana enjin kembar selari 249sm padu, kuasa yang dihasilkan tidaklah mengecewakan, tetapi jika bercakap mengenai pengendalian, jentera ini adalah yang terbaik sekali dalam kelas 250cc dan faktor itulah yang mampu memeningkan pesaingnya.
Tidak kira dengan kelajuan apa sekalipun, ‘superbike mini’ ini cukup selesa ditunggang dan ia mungkin disebabkan kedudukan pelana yang lebih rendah dan tidak memerlukan penunggang terlalu membongkok.
Setiap selekoh dilalui dengan penuh yakin dan sekiranya ‘throttle’ terbuka secara berlebihan, kuasanya juga tidak akan menyentak sebaliknya mengalir secara perlahan-lahan.
Sudah lama jentera berkuasa 250cc tidak dihasilkan Kawasaki, tetapi penantian peminat ‘superbike mini’ itu pastinya tidak mengecewakan.
Penggunaan petrol tidak begitu membebankan dan kos penyelenggaraannya munasabah.
Satu-satunya apa yang boleh dianggap sebagai kecacatan kecil pada Ninja 250R ini hanyalah saiz serta kedudukan ekzosnya kurang menarik.
Casis Ninja 250R menggunakan reka bentuk supersport terkini dan ciri aerodinamik yang ditampilkan menyerlahkan gaya penampilan agresif dan penggunaan suspensi depan bercirikan teleskopik menyerlahkan lagi keyakinan penunggangnya.
Bagi sistem breknya pula, penggunaan cakera kelopak di bahagian brek depan dan belakangnya dilihat lebih sporty selain memberikan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding jentera lain dalam kelas serupa.
Didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu ebony, hijau dan biru plasma, kelibat Ninja 250R semakin diminati ramai dan sejak kebelakangan ini, jentera berkenaan cukup mudah untuk dilihat di mana-mana.
Harga bagi sebuah Ninja 250R adalah RM19,889.
Spesifikasi Ninja 250R
ENJIN: Sejukan cecair, DOHC berkembar selari empat lejang lapan injap
KUASA MAKSIMUM: 33 PS pada 11,000 rpm.
TORK MAKSIMUM: 22 nm pada 9,500 rpm
SISTEM PENGHIDUP: Elektrik
SISTEM PENCUCUH: Digital
TRANSMISI: Enam kelajuan
TANGKI BAHAN API: 18 liter
HARGA: RM19,889
![]()
:x:x:x:x

:">:">:">
br taw ke:">:">

err......mana ko tarok tabung
denasor ko tue?
nak nengok kejap leh?![]()

:">:">:">:">
kt batu 2..
g la amek..:">:">
tp kang kalo ade yg kejar ko nk wat satay aku xtawu![]()

cett....lokek perabis lokek nyer kembar.......(

moto nyer rega dah nak sampai
20K.......takder yg murah lagi ker?
12K ka, 10K ka........

x sampai 1k pun ada.. tp honda la..honda cup 70..)
x sampai 1k pun ada.. tp honda la..honda cup 70..)