TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
SNAPCHAT antara jenama aplikasi yang semakin meningkat dengan jumlah pengguna sekitar 100 juta. – AGENSI
SEATTLE 20 Feb. – Snapchat merancang untuk meraih dana sebanyak AS$500 juta (RM1.8 bilion), sekali gus meletakkan nilai syarikat penyedia aplikasi mesej telefon bimbit itu mencecah AS$19 bilion (RM68.4 bilion), menurut laporan Bloomberg yang memetik individu yang terdekat dengan transaksi tersebut.
Perkembangan tersebut memberi kesan yang besar terhadap nilai syarikat tersebut, setelah laman sosial popular Facebook pada akhir 2013 telah menawarkan AS$3 bilion (RM10.8 bilion) untuk membeli Snapchat. Kali terakhir mereka meraih dana pada akhir tahun lepas menjadikan nilai syarikat itu meningkat kepada AS$10 bilion (RM36 bi-lion).
Eksekutif syarikat tersebut dikatakan berada di peringkat akhir dalam perbincangannya dengan pengurus dana berhubung langkah meraih dana tersebut, kata individu itu lagi.
Tambah laporan Bloomberg, pelaburan yang dibincangkan itu dijangka membolehkan nilai Snapchat mencecah AS$19 bilion (RM68.4 bilion). Bagaimanapun, syarikat yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu tidak berjaya dihubungi bagi mendapatkan pengesahan.
Peningkatan drastik nilai syarikat itu seiring dengan usaha Snapchat untuk meningkatkan bilangan pengguna aktif serta liputan perkhidmatannya.
Bulan lepas, syarikat itu mendapat liputan daripada beberapa agensi media utama seperti CNN dan ESPN, sekali gus membolehkan Snapchat menandingi Facebook Inc. dan Twitter Inc.
Perkembangan itu juga memberi gambaran bahawa pembia-yaan secara modal permulaan masih diteruskan ke atas syarikat-syarikat teknologi maklumat (IT) yang sekali gus menaikkan nilai sesebuah syarikat tersebut.
Meskipun berharga AS$19 bilion (RM68.4 bilion), Snapchat hanya menjadi syarikat bernilai tinggi ketiga terbesar yang tidak disenaraikan di bursa saham. Menurut kajian oleh firma penyelidikan CB Insights, pengeluar telefon pintar China, Xiaomi bernilai AS$46 bilion (RM166 bilion) sementara aplikasi perkhidmatan teksi, Uber bernilai AS$41 bilion (RM148 bi-lion). – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...cah-as-19-bilion-1.61798#sthash.ui87SeOE.dpuf
Snapchat kini berharga lebih RM123 bilion
![]()
PENGASAS bersama Snapchat yang juga Ketua Pegawai Teknologi Snap Inc., Bobby Murphy (kiri) bersama Spiegel (tengah) dan Presiden NYSE, Thomas Farley bersiap sedia menekan loceng bagi pembukaan tawaran saham syarikat itu di New York kelmarin. AFP
NEW YORK – Kemunculan pertama Snap, syarikat induk kepada platform media sosial dan gambar Snapchat di bursa Wall Street menggamit para pelabur di New York kelmarin.
Saham Snapchat ditutup pada harga AS$24.28 (RM108) seunit di Bursa Saham New York, kenaikan 44 peratus berban*ding harga penyenaraiannya ketika pelabur-pelabur merebut peluang menjadi antara yang pertama memiliki tawaran syarikat teknologi itu pada tahun ini.
Harga saham AS$24 seunit itu menjadikan Snap kini bernilai kira-kira AS$27.8 bilion (RM123 bilion), demikian menurut Bloomberg.
Snapchat menjual sebanyak 200 juta saham menerusi tawaran awam pertamanya pada harga AS$17 (RM75) seunit dengan tawaran keseluruhan berjumlah AS$3.4 bilion (RM15 bilion).
Penampilan sulung Snapchat di Wall Street mampu membuatkan pengasas Snap, Evan Spiegel, 26, dan Bobby Murphy, 28, tersenyum lebar ketika mereka berada di Bursa Saham New York.
Penyenaraian awam Snapchat menyebabkan kekayaan setiap usahawan teknologi itu meningkat kepada AS$5 bilion (RM22 bi*lion), lapor Bloomberg.
Snapchat merupakan aplikasi hangat dalam kalangan golongan belia dan remaja.
Ia berbeza dengan platform sosial lain kerana mesej dan gambar yang dihantar akan hilang selepas beberapa saat. – dpa
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4aKonOmgr
Last edited: