BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nilai Menara Felda RM965 juta

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_05.1.jpg

NAJIB melambaikan tangan di hadapan warga peneroka dengan berlatarbelakangkan Menara Felda yang disimbahi bunga api dan lampu-lampu neon selepas majlis perasmiannya di Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR – Keputusan Felda untuk membina sebuah menara korporat di tengah-tengah pusat komersial di ibu negara terbukti sudah memberi keuntungan kepada organisasi tersebut dalam bentuk pelaburan jangka masa panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda telah memperoleh keuntungan nilai aset RM265 juta apabila Menara Felda yang siap dibina bulan lalu pada kos RM700 juta itu kini mencecah nilai hartanah semasa RM965 juta.

“Ini menunjukkan Felda untung 38 peratus walaupun Menara Felda yang mula dibina pada tahun 2008 ini belum lagi digunakan. Ia juga membuktikan menara yang siap 20 bulan lebih awal ini satu keputusan yang bijak.

“Kejayaan ini juga membuktikan tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap usaha membina Menara Felda selama ini telah gagal,” katanya pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2012 dan Perasmian Menara Felda di sini semalam.

Seramai 20,000 orang termasuk warga peneroka dari seluruh negara menghadiri sambutan itu yang bertemakan Transformasi Membuka Dimensi.
 
untung orang2 felda

mana ada untungnya... yang untung siapa yang pegang saham Felda je la...

setakat 400 unit tu tak terasa.

Yang tak buat apa-apa, cuma modal air liur je, tak pernah jadi pegawai, tak jadi peneroka alih-alih terus dapat beratus ribu unit, haaa.... yang itu untung.
 
Siapa yang nilaikan tu ?
 
takan kipas bontot orang felda je

orang2 takda kaitan dengan felda takda ke..huhu
 
kene la cepat2 siap, nak pilihanraya takde modal kan :))
 
adehhhh jgn perboodooo kan org pelda broo jeb...
 
orang felda boleh berbangga lah kononnya ada menara harga RM965 jota .. tapi untung saham dapat berapa kerat pun tak tau lah!
 
Back
Top
Log in Register