BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nilai 3 Kembali Meriah Menjelang Aidilfitri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
2e78dfe99270959404af2d27a1433b4b69b66d60e9df6

81df328c71d498c6e29bb041d611571c69b66d72f108f

b9fc94628435662ba838e0590008d93c69b66d8238d8e

Pusat Perniagaan Nilai 3 kembali meriah dengan kehadiran pengunjung yang membeli barangan serta membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Sejak minggu lepas, kebanyakan premis dipenuhi orang ramai hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada hujung minggu.

Tinjauan Bernama mendapati premis menjual pakaian, permaidani, langsir, pinggan mangkuk serta perhiasan rumah menjadi tumpuan pengunjung yang datang membeli keperluan sempena Syawal.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini kembali meriah dengan kehadiran pengunjung bukan sahaja dari Negeri Sembilan, malah beberapa negeri lain yang datang membeli pelbagai barangan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Suasana seperti itu lazimnya hanya berlaku menjelang musim perayaan apabila rata-rata pengunjung mengambil kesempatan mendapatkan pelbagai barangan pada harga lebih berpatutan.

Tinjauan Bernama mendapati premis menjual pakaian, permaidani, langsir, pinggan mangkuk serta perhiasan rumah antara yang menjadi tumpuan orang ramai.

Peniaga pakaian Muhammad Khani Khan Muhammad Syah, 23, berkata sejak minggu lepas jumlah pelanggan yang datang ke kedainya meningkat dengan ketara untuk membeli baju kurung, kurta, baju Melayu dan tudung.

“Banyak pelanggan sekarang, peningkatan lebih 100 peratus yang datang membeli di kedai kami. Kalau pada bulan biasa hanya hujung minggu ramai orang tetapi sekarang hampir setiap hari ada pengunjung yang datang membeli. Alhamdulillah,” katanya kepada Bernama di sini.

Pendapat itu turut disokong peniaga karpet, Hassan Karimi, 42, yang berkata jualan permaidani di kedainya memberangsangkan, terutama bagi jenis Dubai, Tatami, Velvet dan karpet Turki yang dijual pada harga antara RM20 hingga RM900 bergantung kepada jenis serta saiz.

“Kalau dulu untuk menjual 10 karpet sehari pun agak sukar tetapi sejak minggu lepas ramai datang membeli dan jualan meningkat lebih dua kali ganda,” katanya yang telah berniaga lebih 10 tahun.

Sementara itu, seorang pengunjung Nurul Aisyah Mohd Ghazali, 34, berkata dia memilih untuk membeli-belah di pusat perniagaan itu bersama keluarganya kerana terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan rumah pada harga yang lebih berpatutan.

Pengunjung dari Gombak, Selangor itu berkata walaupun terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya, terutama pada hujung minggu, dia tetap sanggup datang ke lokasi itu untuk membeli karpet dan langsir.

 
Back
Top
Log in Register