BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah lepas hilang 9 jari

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BALING: Seorang remaja yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selamat melangsungkan perkahwinannya semalam, walaupun kehilangan sembilan jari akibat dihempap mesin ketika bertugas di sebuah kilang pemprosesan cakera padat (CD) di Prai, Pulau Pinang, dua minggu lalu.

pix_middle

MESRA...Noranita menyuap nasi ke mulut Mohd Roszaimi selepas mereka diijab kabil, semalam.

Mohd Roszaimi Md Rosdi, 18, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Noranita Othman,18, di rumah pengantin perempuan di Kampung Charok Bemban, Kupang, dekat sini, kelmarin.


Dalam kejadian 10 Februari lalu, Mohd Roszaimi putus sembilan jari akibat dihempap sebuah mesin ketika memunggah barang di kawasan berdekatan kira-kira jam 2.50 pagi.

Mohd Roszaimi ketika ditemui pada majlis perkahwinannya berkata, dia yang baru seminggu bekerja di kilang itu pada awalnya diarahkan membuat kerja ringan di bahagian depan kerana masih baru dan tidak tahu selok-belok termasuk penggunaan mesin di kilang berkenaan.

“Bagaimanapun, pada pagi kejadian saya diarahkan bekerja di bahagian mesin bagi menggantikan seorang rakan, apabila secara tiba-tiba ketika mengambil barang sebuah mesin jatuh dan menghempap kedua-dua tangan menyebabkan cedera teruk sebelum dihantar ke hospital.


“Selepas kejadian saya tidak sedarkan diri sehinggalah menyedari kehilangan sembilan jari di hospital. Pada mulanya saya sukar menerima kenyataan ini kerana kemalangan ini terjadi kurang dua minggu dari tarikh perkahwinan kami,” katanya.


Mohd Roszaimi, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pegang (SMKKP) berkata, kemalangan itu menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.


“Lebih menyedihkan selepas ini saya perlu memikul tanggungjawab sebagai suami dan perlu mencari rezeki menyara keluarga,” katanya.

Sementara itu, isterinya Noranita Othman, berkata, kemalangan itu tidak menghalang mereka bersatu sebagai suami isteri dan menganggap kekurangan yang ada pada suaminya akan mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan mereka.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan tetap menerimanya sebagai suami serta berjanji menjaganya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Syed Mohd Abdul Ghani Syed Ali berkata, Mohd Roszaimi perlu mengisi borang untuk memohon mendapatkan kad orang kurang upaya (OKU) kerana dia tergolong dalam kelompok terbabit.
 
kadang² supervisor pun kena fikir, orang baru yang tak tahu apa² disuruh jaga mesin untuk ganti orang lama. ada ke patut...
 
mudanya kawin ye..jadi pelik pulak di abad ini.hehe
 
saman kilang tu.............
 
camne la nak isik borang oku tuh dh xde jari..
 
semuer jari dah hilang.. camner nk main mlm2 nih...#:-S
 
semuer jari dah hilang.. camner nk main mlm2 nih...#:-S

jari kaki ade...hehhe..bro..dah kawin x main pakai tgn dah...hehehe..tu baik dia kawin mude2..kalau x susah gak..air naik kepala woo..tgok pompuan seksi je x tau nak tala tang mana.ni dah kawin ok lah.ade hikmah.
 
Alhamdulillah kahwin muda.. selamat pengantin baru :">:D
 
Back
Top
Log in Register