BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah demi buah pinggang

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
MANILA: Seorang lelaki Arab Saudi didakwa sengaja mengahwini wanita Filipina demi mendapatkan buah pinggangnya sebelum berjaya dihalang, kata pegawai kerajaan semalam.

Setiausaha Kebajikan Sosial Filipina, Esperanza Cabral, berkata cubaan itu sempat digagalkan apabila kakitangan sebuah hospital kerajaan mencurigai permohonan pembedahan memindah buah pinggang oleh lelaki terbabit.

“Dalam permohonannya, lelaki Arab Saudi itu menamakan isterinya sebagai penderma, tetapi apabila diselidiki, kedua-dua mereka baru berkahwin.

“Lelaki itu tidak tahu berbahasa Inggeris atau Tagalog, manakala si isteri tidak faham bahasa Arab,” katanya.

Undang-undang Filipina melarang sebarang organ manusia didagangkan tetapi kegiatan itu dipercayai masih berlangsung disebabkan tawaran lumayan daripada orang kaya asing.

Sebuah pertubuhan hak asasi manusia berkata, hampir 200 kes penjualan buah pinggang direkodkan hanya di sebuah wilayah pada beberapa tahun lalu.

Esperanza berkata, selepas diselidik, didapati pernikahan di antara lelaki Arab Saudi dengan wanita tempatan itu hanyalah helah untuk membolehkan pemindahan buah pinggang dibuat.

“Sebenarnya ia adalah penjualan organ,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak dikenakan sebarang tindakan setakat ini.

Pihak berkuasa juga, kata Esperanza, belum mengetahui berapa nilai wang dijanjikan lelaki terbabit kepada wanita itu.

Penolong Setiausaha Perundangan Filipina, Ricardo Blancaflor, berkata pemindahan buah pinggang itu dibenarkan jika pernikahan pasangan terbabit tulen serta tiada unsur komersial.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Filipina sebagai negara kelima paling banyak melakukan penjualan organ pada 2005, manakala China di tempat teratas.

Kebanyakan perdagangan organ membabitkan buah pinggang kerana manusia boleh hidup dengan buah pinggang tunggal. - AP
 
Back
Top
Log in Register