BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nicol terima gelaran Datuk

memuda dah dapat gelaran..
tapi halal la.. jenuh berambat/gostan!
 
dia mmg patut dapat anugerah ni berdasarkan penat lelah untuk naikkan nama malaysia d mata dunia.dulu org tgk skuash msti kata org europa ngan australia ja yg dok ranking 1st.skang nama malaysia dapat perhatian dunia....
 
bila la dia ni nak couple ngan aku. leh juga aku merasa pangkat datin pree... haha...
 
Last edited:
su_02.1.jpg

KEJAYAAN Nicol mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa
membolehkannya menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri.

JAGUH skuasy wanita dunia, Nicol Ann David kini bergelar Datuk apabila dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena ulang tahun ke-70 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini.

Atlet berusia 24 tahun itu sebelum ini mendapat penghormatan sebagai penerima pertama Darjah Bakti (DB), anugerah yang diwujudkan 33 tahun lepas dan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang masyhur namanya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Dia yang telah merangkul kejuaraan dalam 28 kejohanan skuasy terbuka profesional dan memegang status sebagai pemain No. 1 wanita dunia selama 27 bulan merupakan seorang daripada 27 penerima DSPN.

Nicol yang dilahirkan pada 26 Ogos 1983 merupakan pemain pertama yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia dua kali berturut-turut iaitu pada 1999 dan 2001.

Dia juga memenangi kejohanan Asia sebanyak enam kali berturut-turut iaitu pada 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2008 serta menjuarai Kejohanan Dunia pada 2005 dan 2006.


p/s:: Nicol memang layak sangat² utk terima anugerah tu walau diusia muda......:)paid :)paid :)paid
.......=D> =D> =D> =D>
 
dato' nicole ann david ???

cam pelik je bunyiknya..
.:)):))
 
pergh..dpt title..elaun pun dpt..syok ar..
 
dato' nicole ann david ???

cam pelik je bunyiknya..
.:)):))

yg pentg die dpt dato'......xyh pening2 palo nk fikir...pelik ke x pelik ker...yg pntg name die...bukn name kite...:)cgrock :)cgrock
 
tahniah... kalah dah datuk CT... nicol lagi muda dpt datuk....:)) :))
 
dalam sejarah datuk2 ...datuk nih lah paling banyak kuar peluh :D
 
Back
Top
Log in Register