BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nicol juara Terbuka Belanda

Tirai Niaga

Fun Poster
Messages
485
Joined
Aug 29, 2008
Messages
485
Reaction score
6
Points
15
KUALA LUMPUR - Datuk Nicol Ann David mempertahankan kejuaraan Terbuka Belanda yang dimenanginya tahun lepas selepas menewaskan Natalie Grinham dari Belanda semalam.

Pemain nombor satu dunia itu hanya memerlukan 55 minit untuk merangkul kejuaraannya yang ketujuh tahun ini dengan menjinakkan Grinham 11-9, 11-9, 11-4.

nicol.jpg


''Ia merupakan satu perlawanan yang hebat, kami bermain dengan beberapa rali yang panjang seperti yang sentiasa kami bermain ketika bertemu sesama sendiri dan saya tidak rasa seperti menang 3-0.

''Dia berjaya bermain dengan baik apabila mempunyai peluang, dia berlatih di gelanggang ini dan dia bermain dengan baik pada permainan pertama.

''Saya terpaksa mencari rentak dan saya amat bertuah akhirnya berjaya mengutip mata berharga ketika dua permainan awal.

''Saya sangat gembira dengan kemenangan ini selepas saya memberi fokus sepenuhnya dan akhirnya memenangi Terbuka Belanda sekali lagi, saya akan cuba mempertahankan kejuaraan tahun depan,'' kata Nicol.

Ia merupakan kemenangan kesembilan Nicol ke atas Grinham selepas mereka bertemu sebanyak 10 kali dalam kejohanan utama.

....................................................

syabas...
satu lagi kejayaan untuk Malaysia:)cgrock
 
Last edited:
Rugi tul squash tak der kat Olimpik,kalau tak konpem gold sebijik.... :D
 
nicol yg terbaik dunia dlm sukan squash ....malaysia pasti sukar utk dpt pemain seperti ini di masa2 akan dtg..tapi squash sukan yg kurang popular di peringkat dunia.

tahniah nicol...malaysia boleh...
k..
 
handal tol minah ni.. kalo kawen dgn chong wei.. anak sure power neh.. ekekekeke
 
Back
Top
Log in Register