BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nicol David terima gelaran doktor

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

NICOL.png

FOTO FB MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 13 Februari - Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menerima penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat yang membawa gelaran Doktor.

Berita gembira itu dikongsi menerusi Facebook rasmi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Pemenang pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan Asia di Guangzhou, China 2010 itu telah dianugerahkan gelaran tersebut oleh Heriot-Watt University Malaysia.

Beliau sebelum ini pernah dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Kesenian Honoris Causa dari Universiti Nottingham.

Malah, beliau juga telah menerima anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) sebanyak enam kali berturut dari tahun 2005 hingga 2010.

MOM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Dr Nicol David, di atas penganugerahan tersebut.
 
Back
Top
Log in Register