Assalammualaikum semua warga CG,
How are you all? Diam tak diam dah nak masuk 16 hari kita berpuasa...pasti semuanya sekarang sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Cerita pasal Hari Raya ni teringat kenangan ketika saya sekeluarga tinggal di Brisbane, Australia beberapa tahun yang lepas. Walaupun Hari Rayanya disambut dengan ala kadar sahaja...tiada baju kurung/baju melayu baru...kuih-muih hanya 2-3 jenis je (yang mana tau buat je)...tiada langsir,alas meja, perabot baru....tiada ibubapa adik bradik sanak sedara disekeliling tapi kemeriahannya tetap ada bersama teman2 lain yang turut di perantauan. Yang penting bg kami ialah hubungan silaturrahim sesama muslim di sana...tidak kiralah Malaysian ke, Indonesian ke, Orang Arab, Pakistan...Australian Muslim...semuanya gathering bersama bila Hari Raya. Selalunya masing-masing pasti masak juadah masing-masing di pagi Raya dan selepas tu membawa juadah itu disatu tempat kami berkumpul bersama (Selalunya selepas solat Hari Raya). Setelah puas bermaaf-maafan sesama kami dan menjamu juadah yang ada...mulalah sesi fotografi...saat nila yang meriah...bayangkanla berapa lama nak posing ramai2 sebab camera yang nak ambik gambar pun byk....Kenangan yang sungguh indah sekali. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberi saya peluang untuk tinggal di negara orang selama lebih kurang hampir 4 tahun lamanya di sana...kadangkala bila kenang2kan balik terasa rindu pulak pada tempat yang bernama WEST END, BRISBANE, AUSTRALIA!!!!