BTC USD 81,458.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NIce car in pakistan

takde lagi dalam dunia ni.. kereta buatan sendiri 2-3 kali ganda lagi mahal jual kat rakyat sendiri dari export ke negara lain... hehehehe... kat malaysia je ada

itu la malaysia brand.. :):):)
 
semua kereta tu, tt pusing damansara je pun dah boleh jumpa..
belum pusing 1 mesia hehe..
kecuali limo bentley tu ada kat natasya resort je..
 
org pakistan beli ferrari sama harga je ngan proton waja kat malaysia.. hehhehehe
 
Ferrari laris

NAZA Italia Sdn Bhd (Naza Italia), pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Ferrari serta Maserati di Malaysia yakin mampu mengekalkan pertumbuhan jualan bagi model mewahnya didorong oleh pengenalan beberapa model baru yang bakal dilancarkan tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, berkata syarikat menjual kira-kira 60 unit Ferrari tahun lalu dengan pertumbuhan jualan kira-kira 30 peratus namun permintaan pasaran terhadap model Ferrari tetap tinggi iaitu antara 60 hingga 200 unit setahun.


“Meskipun kami diperuntukkan kira-kira 25 hingga 30 unit kereta setahun oleh Ferrari, kami mempunyai senarai menunggu kira-kira dua tahun lebih bagi sesetengah model popular dan bagi tahun lalu sahaja sebanyak 150 unit Ferrari didaftarkan di jalan raya Malaysia.

“Kami berharap mampu mengekalkan pertumbuhan jualan antara 30 hingga 35 peratus bagi model Ferrari tahun ini dan ini bakal diterjemahkan menerusi pelancaran model baru seperti Ferrari FF yang dipadankan dengan ciri empat tempat duduk,” katanya selepas majlis penyampaian kenderaan Chevrolet dan Harley Davidson di pusat Chevrolet 3S di Jalan Ampang, Selangor.


Beliau berkata, syarikat ketika ini menguasai kira-kira 50 peratus pegangan pasaran bagi kenderaan mewah di negara ini manakala selebihnya dikuasai pengedar atau pemegang import kenderaan (AP) lain.


Katanya, Naza Italia turut memperkenalkan konsep baru kepada pembeli Ferrari dengan menawarkan pendedahan dan pengalaman baru termasuk program lawatan ke kilang pengeluar kereta berkenaan bagi membolehkan mereka mengetahui lebih dekat proses pembuatan kereta berprestij itu.

aduh kene tunggu 2 thn lagi baru dpt ferrari aku
Nie boleh tahang gak yer,cari yg second kalo ade..:)):)):))
 
kita pun mampu memakainya kalau........

a. kalau orang bagi free
b. kalau kita pinjam
c. kalau jadi salesman naza italia
d. kalau kita driver orang kaya
 
ade yg miskin adela kaya
 
Back
Top
Log in Register