BTC USD 83,959.0 Gold USD 4,140.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nibiru: Ancaman Dari Angkasa Lepas?

Salamun'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

sesungguhnya kiamat tu pasti akan berlaku...dan tanda awal dan akhir semuanya telah nyata...

semoga muslimin muslimat sekalian sedar bahawa kiamat memang sudah tersangat dekat...cuma masa adalah rahsia disisi Allah...
 
Salamun'alaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Bismillahi ROHmani ROHim.

Di dalam surah Qof ayat 1 hingga 2 bermaksud:
1. Qaaf Demi Al Qur'an yang sangat mulia.
2. Bahkan mereka tercengang karena telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang yang tidak percaya: "Ini adalah suatu yang amat ajaib".

Sesungguhnya tidak ada suatu pun yang mustahil bagi ALLAH jika IA kehendaki.

Cuba Klik sini berita tentang budak-budak yang dianggap Ajaib:

http://www.youtube.com/watch?v=2bl029UoLg8

http://www.youtube.com/watch?v=GKIJriszJB0

http://www.youtube.com/watch?v=gGFjkfKoECc


Tidakkah ini menyedarkan bahawa peringatan kepada Al-Quran Kalam Suci itu berlaku di seluruh alam, diseluruh Dunia? Dengan Al-Quran sahaja (the only source), manusia boleh kembali mengetahui tentang KEBENARAN. Dan Kebenaran itu sudah nyata di dalam Kerajaan Allah Ta'ala.

Sudah pelbagai tanda-tanda sebagai bukti yang jelas untuk memperingatkan kepada umat manusia samada peringatan dari manusia walaupun budak kecil sebagaimana video clip di atas atau yang di datangkan oleh alam, cuba lihat video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=lGpzQniMbF0

Itulah ayat-ayat Allah pada alam semulajadi yang ditunjukkan kepada manusia yang melihatnya. Itulah tanda kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung yang dapat dilihat dari video clip di atas. Jelas sekali di dalam gambar bahawa ALLAH itu cuma huruf. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ALLAH itu ialah huruf yang ada di langit, ada dibumi, pada dedaunan, pepohonan, batu, kayu dan juga binatang dan pada diri manusia itu sendiri. Itulah BUKTI ayat-ayat ALLAH. BUKTI bahawa AL-Quran itu MAHA AGUNG, MAHA BENAR. Itulah tanda-tanda Kekuasaan Tuhan ditunjukkan dengan ayat-ayat "ALLAH", ayat AL-QURAN terbentang diseluruh penjuru alam. Kenapakah manusia masih tidak mahu beriman dengan sungguh-sungguh kepada petunjuk-petunjuk Kitab Suci? Tidak mahu cuba memikirkan dan memahami?

Maka apakah mereka tidak melihat langit dan bumi yang ada di hadapan dan di belakang mereka? Jika Kami menghendaki, niscaya Kami benamkan mereka di bumi atau Kami jatuhkan kepada mereka gumpalan dari langit. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi setiap hamba yang kembali (kepada-Nya).
( سورة سبأ , Saba, Chapter #34, Verse #9)

Atau kalian berkata: "Sekiranya kami diturunkan kepada kami Kitab, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka." Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti yang nyata (Bayyinat) dari Tuhanmu (ROBBI), dan petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat ALLAH dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #157)

Tuhanlah yang memberikan rahmat, petunjuk dan BUKTI dengan ayat-ayat ALLAH. Bukankah ayat ALLAH itulah jua yang tertulis di dalam KITAB SUCI AL-QURAN iaitu Alif, Lam, Lam, Ha bunyinya "ALLAH"? Kenapakah masih tidak mahu berpedoman kepada KITAB SUCI AL-QURAN itu atau masih kurang yakin bahawa setiap huruf dan kalimah-kalimah di dalam Al-Quran itulah yang benar dan bisa memberitakan kebenaran yang sejati yang perlu ditagih oleh seluruh umat sebelum menghembuskan nafas terakhir, bahkan berbai'ah kepada yang Haq sebelum mati?

Dengan ayat-ayat Al-Quran jugalah manusia bisa mengetahui perbezaan ALLAH dan ROBBI melalui petunjuk yang diberikan oleh Robbul Masyriqi Wal Maghribi Laa illa ha illa Huwa Fattakhizhu Wakiilan. Rahsia ALLAH dan Rahsia ROBBI itu dapat di mengerti hanya di dalam Kerajaan ALLAH Ta'ala sahaja. Bukan di Kolej, di Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Mesir, Jordan atau mana-mana universiti pengajian Islam di Dunia. Rahsia yang sebenar, rahsia Islam yang azali hanya BOLEH dan BISA dapat difahami apabila seseorang itu bertugas di dalam Kerajaan Allah Ta'ala sahaja.

Tidak berhala, tidak juga huruf yang patut disembah tetapi yang di"perintah"kan di dalam Al-Quran untuk seluruh manusia "sujud" ialah kepada AR-ROHMAN yakni Tuhan:

FirmanNya:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Sujudlah kamu sekalian kepada Ar-Rohman", mereka menjawab: "Siapakah Ar-Rohman itu? Apakah kami akan sujud kepada Tuhan Yang kamu perintahkan kami (bersujud kepada-Nya)?", dan (perintah sujud itu) menambah mereka jauh (dari iman). (Al-Furqon: 60)

Kerana tidak teringin untuk mengenali Ar-Rohman, sebab itulah manusia tidak tahu membezakan ALLAH dan ROBBI. Umat Islam hari ini tidak tahu perbezaan ALLAH dan ROBBI, bahkan mereka lebih suka membuat andaian tanpa pengetahuan dan mengandaikan bahawa ALLAH itulah TUHAN dan TUHAN itu ALLAH. Bahkan mereka berani menukarkan perintah sujud kepada Ar-Rohman dengan mengatakan mereka sujud kepada "ALLAH".

Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan?" Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #144)

Dengan mengetahui ASAS-ASAS AL-QURAN melalui Kerajaan ALLAH Ta'ala maka rahsia itu akan diketahui.

Marilah kita memohon petunjuk Tuhan dengan ikhlas tanpa putus asa mudah-mudahan kita beroleh anugerah petunjukNya dan mudah-mudahan diberi petunjuk-petunjuk rahsia Kerajaan Allah Ta'ala yang telah pun di asaskan oleh seorang Raja dari keturunan Bani Hasyim yang terpilih, seorang Wali Yang Maha Agung di zaman ini yang namanya tercatat dalam surah Al-Muzammil ayat 9, yang telah mewariskan pemerintahanNya kepada Nabi Isa di zaman ini yakni Akhir Zaman.

Kini Baginda Nabi Isa telah pun bertugas dan menjalankan tugasnya di dalam Kerajaan Allah Ta'ala dan Alhamdulillahi Robbil 'Alamina bahawasanya Baginda telah lahir di bumi Malaysia
.

Sesungguhnya tanda-tanda Kiamat sudah jelas, terang. Yakinlah bahawa Kiamat sudah pun hampir. Carilah kebenaran sebelum Ajal kita sampai. Ajal boleh datang tiba-tiba tanpa diduga.

Amin Ya Robbal 'Alamina.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah.
Wassalamun'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.
 
hmm... lain lak ngan pendapat dengan pensyarah aku, dia ada bagi amaran tentang nibiru ni, sebabnya adalah ia kajian oleh orang yahudi, dia ada sebut nama tp aku dah tak ingat...

menurut kajian yahudi tu, ada planet ke 10 yg diberi nama nibiru, dia la yg beri nama planet tu nibiru sempena nama salah satu tuhan greek kalo tak silap. nibiru akan melintasi bumi pada tahun 2012 dan bumi akan berputar pada arah berlainan disebabkan graviti nibiru yg jauh lebih kuat dan besar dari bumi. dan dia ada cakap kat atas planet nibiru tu terdapat makhluk asing yg dianggap tuhan atau fallen angels..bla bla bla... aku tak ingat sangat la...

dan pesanan pensyarah aku....

kalau kita nak kaji sesuatu kejadian, rujuklah al-Quran sahaja sebab ia dah cukup lengkap, jgan campur adukkan fakta2, kajian2 atau maklumat2 dari sumber lain lebih2 lagi dari org2 yahudi sebab ia akan buat kita keliru. Mungkin benar ada planet ke 10 dan Allah sahaja yg tau, satu lagi kiamat merupakan tarikh yg manusia tak tau, tp skrg kita dah tau yg kemungkinan kiamat akan berlaku pada tarikh sekian sekian, so adakah ia betul2 kiamat sepertimana yg disebutkan dalam al-Quran?...

maaf tu pandangan berdasarkan apa yg aku paham. maaf kalo tersilap!!!
 
Last edited:
Salamun'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

saya mohon tuan2 yang xsetuju dengan apa yang telah saya pos ni harap janganla menghukum tanpa ada ilmu..

terus terang saya katakan bahawa perkara ni sudah banyak orang yang menentang. mengatakn apa yang saya cuba sampaikan adalah sesat.

jika mahukan kepastian molek benar jika merujuk ahli2 maarifat. bukan alim ulamak yang ada sekarang. tapi ahli sufi yang benar2 maarifat. jangan la orang awam seperti kita hendak menjatuhkan satu2 hukum dengan mengatakan apa yang disampaikan ini adalah sesat. bukan semua perkara kita tahu.kita hanya boleh menyampaikan hukum, bukan kerja kita menghukum orang lain..

sekian wassalam
 
kalau kita nak kaji sesuatu kejadian, rujuklah al-Quran sahaja sebab ia dah cukup lengkap, jgan campur adukkan fakta2, kajian2 atau maklumat2 dari sumber lain lebih2 lagi dari org2 yahudi sebab ia akan buat kita keliru. Mungkin benar ada planet ke 10 dan Allah sahaja yg tau, satu lagi kiamat merupakan tarikh yg manusia tak tau, tp skrg kita dah tau yg kemungkinan kiamat akan berlaku pada tarikh sekian sekian, so adakah ia betul2 kiamat sepertimana yg disebutkan dalam al-Quran?...

maaf tu pandangan berdasarkan apa yg aku paham. maaf kalo tersilap!!!

Salamun'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

tarikh yang diberikan adalah tarikh jangkaan bahawa akan belanggar..bukan tarikh kiamat
 
Salamun'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

tarikh yang diberikan adalah tarikh jangkaan bahawa akan belanggar..bukan tarikh kiamat
tp masalahnya ramai org anggap ia kiamat, tu le problemnya... thanks sbb beri peringatan sesama umat Islam, yg penting kita kena sentiasa bersedia menghadapi kiamat, bila ia akan berlaku itu urusan Allah, bukan kita.....:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
tp masalahnya ramai org anggap ia kiamat, tu le problemnya... thanks sbb beri peringatan sesama umat Islam, yg penting kita kena sentiasa bersedia menghadapi kiamat, bila ia akan berlaku itu urusan Allah, bukan kita.....:)cgrock :)cgrock :)cgrock

Salamun'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

tarikh tu adalah jangkaan pelanggaran. mungkin sebab dalam quran ada disebut tentang pelanggaran antara planet2. jd orang ramai terkeliru dengan tarikh yang orang yahudi berikan tu.

tp yang pasti planet akn berlanggar satu sama lain.dan yang pasti bukan tarikh yang yahudi diberikan tu tarikh kiamat.

sekian.wassalam
 

Kini Baginda Nabi Isa telah pun bertugas dan menjalankan tugasnya di dalam Kerajaan Allah Ta'ala dan Alhamdulillahi Robbil 'Alamina bahawasanya Baginda telah lahir di bumi Malaysia
.

QUOTE]

salam....boleh jelaskan dgn lebih lanjut pasal di atas?
 

Kini Baginda Nabi Isa telah pun bertugas dan menjalankan tugasnya di dalam Kerajaan Allah Ta'ala dan Alhamdulillahi Robbil 'Alamina bahawasanya Baginda telah lahir di bumi Malaysia
.

QUOTE]

salam....boleh jelaskan dgn lebih lanjut pasal di atas?

salam...yang tu ada dlm internet www.islam-azali.blogspot.com
ana terbaca, secara ringkasnya abdiking dlm blog tersebut ingin bagitahu kita semua yang tanda2 akhir pun telah pun jelas..

semua tanda2 akhir dah ada, tunggu masa saje la
 
Back
Top
Log in Register