BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

ee99a16389c387cb0fa025c7739161e25e3a3d1698223


Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini menjejaki prestasi lemah minyak kacang soya dan harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,400 satu tan dan paras rintangan pada RM4,550 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 susut RM11 kepada RM4,400 satu tan, manakala kontrak November 2025 meningkat RM1 kepada RM4,418 satu tan.

Kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing susut RM4 kepada RM4,442 dan RM4,457 satu tan. Kontrak Februari 2026 merosot RM10 kepada RM4,448 satu tan, manakala kontrak Mac 2026 turun RM18 kepada RM4,416 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 62,039 lot daripada 82,073 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 273,808 kontrak daripada 270,071 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM10 kepada RM4,420 satu tan.

 
Back
Top
Log in Register