BTC USD 83,033.1 Gold USD 4,191.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

9a61d26864172ea3b1ff0bcb2cbe72705e0ecd5c74fa6.jpg


Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan pasaran tunai.

Pada 9.22 pagi, kontrak Jun 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,526.50, Julai 2025 naik 5.0 mata kepada 1,521.50, September menokok 4.0 mata kepada 1,502.0, bagaimanapun Disember 2025 turun 10.0 mata kepada 1,496.0.

Jumlah dagangan sebanyak 6,487 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 59,106 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI naik 1.80 mata kepada 1,522.68 selepas 37 minit dagangan daripada 1,519.79 pada Rabu.

 
Back
Top
Log in Register