"khabar-khabar angin bertiup kencang mengatakan Toyota akan melancarkan Vios versi 1.3cc sebagai alternatif kepada versi 1.5E dan 1.5G. Vios 1.5 berharga melebihi RM70,000 dan mencecah ke RM83,000 dan tidak semua orang mempu untuk memilikinya. Model 1.3 akan ditujukan kepada golongan berpendapatan rendah. Untuk mengurangkan kos, beberapa ciri-ciri utama yang terdapat di Vios 1.5 tidak akan dipasang di versi 1.3 seperti brek ABS, EBD, beg udara, rim alloy dan akan menggunakan gear manual 5 kelajuan. ( Vios 1.5 menggunakan automatik sahaja).
Enjin yang bakal digunakan ialah 1.3cc (2NZ-FE) dan berkuasa sekitar 85 kuasa kuda / 122nm tork atau mungkin Toyota Malaysia akan menggunakan enjin K3-VE yang kini terdapat di versi Avanza 1.3 (M).
Mengambil kira prestasi jualan versi 1.5 yang amat tinggi, versi 1.3 berkemungkinan akan menerima kesan jualan yang sama jika dilancarkan pada tahun 2007 nanti. Strategi Toyota yang ingin menguasai pasaran RM55,000 - RM65,000 berkemungkinan akan meninggalkan kesan mendalam terhadap Proton yang kini menghadapi pelbagaii masalah dari segi kualiti dan prestasi jualan.
Golongan muda yang agak kecewa dengan versi 1.5 yang hanya terdapat dalam veri automatik, mungkin boleh memilih untuk menggunakan versi 1.3 yang didatangkan dengan gear manual. Versi 1.3 kini telah dilancarkan di Filipina dan Indonesia, dan kemungkinan besar ianya akan dilacarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat."