BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netflix Potong Harga Langganan Sehingga 60% Di India, Saing Disney+

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Persaingan adalah bagus untuk pelanggan kerana syarikat akan cuba menawarkan pakej yang paling berbaloi bagi menari perhatian mereka. Di India Netflix melakukan tindakan drastik mengurangkan kesemua harga langganan bulanan bagi memberikan persaingan kepada perkhidmatan penstriman lain di negara tersebut.

Netflix-Bahasa-Malaysia-2020-BB-950x512.jpg.webp


Harga langganan kini bermula dari INR 14 (~RM 8.29) sebulan untuk pelan peranti mudah alih dan meningkat ke INR 649 (RM34) untuk pelan premium. Ini adalah pengurangan dari harga asal INR 199 dan INR 799 sebelum ini. Pelan yang menerima potongan paling tinggi sehingga 60% ialah Basic yang kini ditawarkan pada harga INR 199 (~RM11) berbanding harga asal INR 699 (~RM28). Walaupun harga dikurangkan, pakej Netflix ini masih lebih mahal berbanding pakej termurah INR 42 (~RM 2.30) sebulan Disney+ Hotstar di India.

India ialah negara yang mempunyai pelbagai platform penstriman dengan pakej disertakan sekali dengan pelan telefon bulanan. Langkah yang diambil oleh Netflix ini adalah menarik kerana selama ini mereka meningkatkan harga langganan di beberapa pasaran lain. Selalunya apa yang ditawarkan di India berlaku di Malaysia dan diharap kita juga akan menerima potongan harga kelak.

Sumber asal Techcrunch
 
Back
Top
Log in Register