BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nera AF9 - Mahu bukti kemampuan

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Mahu bukti kemampuan

pix_middle

CEKAL...kini tiada lagi gadis cengeng.

pix_gal1

IMPIAN...berharap single kedua nanti memberi impak baru.​

SUDAH menjadi lumrah sifat manusia akan mudah tertarik pada sesuatu yang cantik. Sesiapa yang melihat dirinya pasti akan terpesona dengan keayuan serta kejelitaannya. Apatah lagi gadis kelahiran negeri di bawah bayu ini mempunyai tutur kata yang lemah lembut.

Sering menerima kritikan teruk ketika masih lagi menjadi pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), ketika itu Queennera Francine Francis Kitingon atau Nera masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan dunia seni dan mengakui sedikit tertekan dengan keadaan itu.

Namun, dia kini sudah benar-benar bersedia untuk menceburi bidang seni. Gadis berusia 20 tahun yang sering dilihat menangis sepanjang berada di AF9, kini lebih cekal dan bersedia untuk berhadapan dengan apa jua cabaran sebagai anak seni.

“Pengalaman yang saya dapat sepanjang bergelar pelajar AF9 membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih kuat. Apatah lagi seseorang yang bergelar anak seni menempuhi pelbagai cabaran.

“Mungkin kritikan yang saya terima itu kedengaran agak keras dan maklum balas orang ramai terhadap nyanyian saya juga diakui kadang kala menyakitkan hati.

Namun saya jadikan perkara itu sebagai cermin untuk melihat kelemahan yang perlu saya perbaiki.

“Sekarang ini saya sudah semakin bijak untuk mengambil kritikan yang membina manakala yang lebih cenderung menjatuhkan semangat, saya abaikan saja,” katanya.

Nera yang mendapat perhatian melalui lagu Hatiku Milikmu, kini menunggu single kedua disiapkan. Menyedari masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, Nera berharap dapat mengikuti kelas vokal bagi meningkatkan lagi mutu nyanyiannya, sekali gus membuktikan dia juga mampu meruntun hati pendengar dengan vokal mantap dan bukannya bersandarkan pada wajahnya saja.

Namun, dek kesibukannya sebagai pelajar, akhir jurusan Diploma In Tourism di Asian Tourism International College (ATI), Nera terpaksa membataskan pembabitannya dalam dunia seni. Banyak tawaran sama ada menyanyi mahupun berlakon terpaksa ditolaknya kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen dengan baik.

“Masih banyak teknik menyanyi yang perlu saya pelajari. Namun buat masa ini, saya masih terlalu sibuk untuk menghadiri mana-mana kelas vokal. Apabila sudah selesai pengajian, saya akan memulakan kelas itu.

“Cukuplah dengan apa yang dikatakan sebelum ini bahawa saya hanya bersandarkan pada wajah saja. Saya berhasrat ingin menunjukkan kemampuan dalam bidang nyanyian.

“Saya juga sempat menonton persembahan Shila Amzah ketika menyanyikan lagu Hatiku Milikmu dan terharu kerana penyanyi yang sudah mempunyai nama besar sudi membawa lagu itu. Tidak dinafikan, cara Shila mendendangkan lagu itu sangat lain daripada yang asli,” katanya.

Walaupun sibuk dengan kuliah, Nera masih mencuri sedikit masa untuk menyanyi kerana dia dan muzik tidak dapat dipisahkan. Menyanyi sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.

Ia memberikan satu semangat baru pada anak sulung daripada dua beradik itu untuk mencontohi Shila dan turut memasang impian agar menjadi penyanyi yang berjaya seperti dia.

Walaupun buat masa ini tidak aktif menyanyi, Hatiku Milikmu memberikan impak yang besar buat Nera. Disebabkan lagu itulah dirinya masih diingati seterusnya menjadi garis pengukur kemampuannya sebagai penyanyi. Malah video klip lagu ini menampilkan Nera sebagai penari patung music box, mendapat perhatian hingga mampu mengangkat nama Nera.

Mungkin secara zahirnya gadis berusia 20 tahun ini kelihatan senang dibuli kerana perwatakannya, namun di sebalik kelembutan itu tersimpan sifat tegas.
Nera tahu mengemudikan hala tuju hidupnya dan sudah mempunyai peranca–ngan yang menjadi panduan untuk mencapai impiannya.

Bijak mencatur perjalanan seninya serta membuat pilihan yang bakal memberikan sesuatu yang lebih baik sepanjang hidupnya, Nera sudah melihat perjalanan yang akan dilaluinya nanti.

Status anak saudara bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan bukanlah tiket untuknya bersenang-lenang dan duduk diam menunggu semuanya disediakan untuknya. Nera cukup berhati-hati untuk membuat percaturan agar tidak kecundang. Nera berharap semua yang sudah dirancang akan berjalan dengan lancar.

“Jujur saya katakan, banyak perkara yang ingin saya lakukan. Namun antara nyanyian dan pelajaran, semestinya saya mengutamakan pendidikan kerana ia lebih menjamin masa depan.

“Memang masa ini saya sangat sibuk dengan kuliah tambahan pula ini adalah tahun akhir saya. Pada masa sama, saya mencuri sedikit masa untuk belajar bermain gitar untuk menambah pengetahuan dalam bidang muzik,” katanya.


sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Mahubuktikemampuan/Article/artikelMA
 
ya.... tonggeng lagi... bru betol berkeupayaan...kihkihkih
 
kalo boleh skirt tu biar tinggi skit.. kasi tunjuk sket kemampuan yg ko simpan tu...
 
yaaaa...xsgka lak aku 1st reply...hahaha...lg2...bia tonggeng maut gtu...
 
body mantap tu kemampuan..bukan sore//
 
baju tu bagi dedah lagi, baru la boleh memberi impak baru..
 
Back
Top
Log in Register