BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Thailand Ditemui Mati Dalam Botnya

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
BALIK PULAU, 11 Sept (Bernama) -- Seorang nelayan rakyat Thai ditemui mati dalam botnya kira-kira 13 batu nautika dari Teluk Kumbar di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zain berkata nelayan berusia 42 tahun itu dijumpai mati oleh adiknya yang keluar ke laut mencarinya selepas cubaan menghubungi lelaki itu melalui walkie talkie gagal.

"Nelayan itu ke laut bersendirian sejak dua hari lepas untuk meninjau kawasan yang banyak ikan sebelum memaklumkan kepada tekong.

"Pada kira-kira pukul 3.30 pagi ini, tekong masih boleh menghubungi nelayan itu dengan walkie talkie namun satu jam kemudian dia tidak dapat dihubungi langsung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki itu ditemui terbelit dengan tali di dalam botnya dan terdapat juga beberapa kecederaan lain di badannya, dipercayai akibat terbelit tali disebabkan kesilapan sendiri.

Mayat lelaki itu dihantar ke jeti Batu Maung sebelum dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat, katanya.



-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=439823
 
Back
Top
Log in Register