BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan tangkap jerung pelik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_03.1.jpg

GAMBAR fail dikeluarkan oleh Muzium Victoria Isnin lepas menunjukkan pegawai muzium mengukur ikan jerung yang ditangkap secara tidak sengaja oleh nelayan di Bass Straip, tenggara Australia.- AFP

MELBOURNE – Seekor ikan jerung pelik berukuran 6.3 meter yang berjaya ditangkap oleh sekumpulan nelayan memberi peluang kepada para saintis untuk melakukan penyelidikan terhadap ikan kedua terbesar di dunia itu.

Spesies ikan itu jarang diketahui kerana tidak muncul di permukaan air bagi mendapatkan udara untuk hidup menyebabkan haiwan marin berkenaan begitu jarang dilihat.

Spesimen ikan itu telah didermakan kepada Muzium Victoria yang akan menggunakan sampel tisu, isi perut dan tulang untuk melakukan penyelidikan terhadap genetik, diet dan sejarah kehidupan.

Menurut kenyataan muzium, kepala dan sirip ikan tersebut turut digunakan untuk membina model lengkap bagi tujuan pameran.

“Penemuan unik ini akan menyediakan lebih banyak informasi yang tidak diketahui selain membantu usaha pemuliharaan dan penyelidikan biologi,” ujar Kurator Kanan Bahagian Iktiologi, Martin Gomon.

Spesies ikan jerung yang ditangkap secara tidak sengaja oleh nelayan di perairan Bass Strait di bahagian tenggara Australia itu biasanya bergerak secara perlahan dan memakan plankton, malah mampu membesar sehingga 12 meter. – AFP
 
bergerak secara perlahan dan memakan plankton, malah mampu membesar sehingga 12 meter. – AFP
jerung ni xde gigi tajam hanya makan plankton je,ke ni jerung tua
 
hahahahaa... masih lagi nampak bentuk ikan... kat mana peliknya?
 
Nasib baik kat Australia.

Kalau kat China tak sempat nak ambil gambar dah kena masak dan kenduri ramai2.

Diaorang semua benda nak makan, lagi pelik lagi bagus.
 
mgkin yg peliknya diet jerung ini...vegeterian
 
Jerung paus kot ni...yg mkn benda2 kecik
 
jerung ni mkn plankton. jerung lain mkn crabby patty. disitulah terletak kepelikannya..
 
Back
Top
Log in Register