BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nekad bertuala kejar pencuri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SEGAMAT - Seorang pesara tentera kerugian hampir RM2,000 selain patah tangan kiri apabila seluarnya yang mengandungi dompet dan maklumat pengenalan diri dilarikan pencuri, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun dan berasal dari Kluang itu, dipercayai singgah di Masjid Jamek Segamat, di sini, untuk menunaikan solat Tahajud selepas berjumpa seorang saudaranya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa yang meletakkan keretanya di belakang masjid didatangi suspek di tempat wuduk.

Menurutnya, mangsa menanggalkan seluar dan memakai tuala terus berjalan ke tempat wuduk.

“Tiba-tiba, mangsa terasa belakang badannya basah seperti disimbah air. Mangsa menoleh dan nampak suspek iaitu seorang lelaki.

“Suspek bertindak menyoal mangsa sebelum menyambar seluar panjang mangsa yang disangkut pada pintu pagar berhampiran tempat mengambil wuduk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Kamil berkata, tergamam melihat seluarnya dilarikan, mangsa nekad mengejar suspek dengan hanya bertuala.

Menurutnya, mangsa sempat menarik belakang motosikal jenis Yamaha yang ditunggang suspek bagi mengelakkan lelaki terbabit lari.

Bagaimanapun, mangsa dipukul di kepala menggunakan topi keledar selain berlaku pergelutan sebelum suspek mengacukan pisau dan menolak mangsa menyebabkan tangan kirinya patah.

“Mangsa kehilangan wang tunai RM1,500, kad pengenalan, kunci kereta, kad pesara tentera dan beberapa dokumen lain. Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan dibantu penduduk sekitar masjid.

“Suspek sedang diburu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 kanun keseksaan kerana samun menggunakan senjata,” katanya



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nekad-bertuala-kejar-pencuri-1.174285
 
mesti ketat dia ikat tuala tu
 
alhamdulillah pakcik tu selamat
 
Kenapa ada 2 thread pada waktu yg sama? 9.54am..?? Apakah..??
 
Back
Top
Log in Register