BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Negeri Sembilan FC 3 - 0 Sabah FC : NSFC tampil garang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

1759201267192.png

1759201357274.png

1759201382871.png




NSFC tampil garang​

3288532.webp

Pemain Negeri Sembilan FC Ameyaw Alexander Agyakwa (kanan) dan Takumi Sasuki (kiri) bersaing bagi mendapatkan bola dari pemain Sabah FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Foto Bernama

NEGERI Sembilan FC (NSFC) tampil garang di laman sendiri apabila menundukkan Sabah FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi penyerang import, Jovan Motika, yang melakukan larian mengelirukan dua pertahanan pelawat sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad bimbingan Mohd Nidzam Jamil terus mengukuhkan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Ameyaw Alexander Agyakwa yang menjaringkan gol kedua hasil penyudah berkualiti, sekali gus meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0 bagi separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Sabah cuba bangkit dengan beberapa percubaan berbahaya, namun kekuatan benteng pertahanan NSFC dapat mengekang asakan termasuk beberapa cubaan menarik daripada Adjin Mujagic dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

NSFC mendapat peluang terbaik menambah jaringan pada minit ke-64 menerusi gerakan solo Motika yang mengatasi dua pemain lawan namun rembatannya tersasar ke luar garisan.

Skuad tuan rumah mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga pada minit ke-79 menerusi Joseph Esso, yang menyempurnakan hantaran kemas Mio Tsuneyasu sekali gus menggegarkan stadium yang dibanjiri lebih 20,000 penyokong.

Turut mencuri tumpuan, penampilan sulung pemain muda Luqman Hakim Shamsudin yang mempamerkan aksi bertenaga dengan larian pantas serta hantaran kemas sekali gus memperkukuh jentera serangan NSFC.

Tiga mata penuh itu melonjakkan NSFC ke tangga keempat liga dengan kutipan lapan mata, sementara Sabah terus bergelut di kedudukan ke-10 dengan hanya tiga mata. - Bernama
 

Sorakan anda luar biasa - Nidzam hargai 20,816 penyokong Jang​

3289364.webp

Sorakan padu 20,816 penyokong di venue keramat Hobin Jang Hobin menjadi pemangkin semangat pasukan untuk mempamerkan persembahan bertenaga. Foto FB Negeri Sembilan Football Club

PENGENDALI Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil menzahirkan rasa bangga selepas anak buahnya menampilkan aksi mantap ketika menewaskan Sabah FC 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu, yang turut menyaksikan penampilan pemain muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, sorakan padu 20,816 penyokong di venue keramat Hobin Jang Hobin menjadi pemangkin semangat pasukan untuk mempamerkan persembahan bertenaga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong atas kepercayaan dan sokongan luar biasa.

“Dalam tiga perlawanan di laman sendiri, kami mendapat sokongan yang saya sendiri belum pernah rasai. Pemain juga amat memerlukan suasana sebegini,” katanya selepas perlawanan.

Dalam aksi tersebut, Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Jovan Motika pada minit ke-26 sebelum Ameyaw Alexander Agyakwa menggandakan kedudukan pada minit ke-40.

Joseph Esso melengkapkan kemenangan bergaya skuad Rusa pada minit ke-79 hasil hantaran kemas Mio Tsuneyasu.

Mengulas lanjut, Nidzam menjelaskan aspek disiplin bertahan tetap diberi penekanan meskipun pasukan cuba bermain lebih ofensif.

“Hari ini kami tidak dibolosi melalui sepakan penjuru atau situasi bola mati. Itu yang paling penting.

“Ini kali pertama kami tidak bolos dalam empat perlawanan Liga Super dan saya gembira dengan persiapan sepanjang minggu ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai serangan balas berkesan yang memerangkap Sabah, jurulatih berusia 44 tahun itu menegaskan ia bukan semata-mata hasil taktikal.

“Itu bukan taktikal semata-mata, tetapi hasil kualiti pemain yang kami ada. Kami ada Motika, Selvan dan Luqman Hakim yang baru pulih.

“Ini perlawanan kedua untuk Luqman selepas sebelum ini hanya sempat bermain 10 minit, hari ini dia dapat 30 minit. Mio pula boleh mengubah corak permainan. Kami bermain berdasarkan kekuatan pemain yang ada dan gembira dengan situasi ini,” katanya.

Pada masa sama, Nidzam turut memuji kerja keras Esso yang dianggap penyerang serba boleh.

“Saya gembira untuk Esso kerana dia sepatutnya menamatkan perlawanan dengan sekurang-kurangnya satu gol sebagai hadiah untuk dirinya sendiri.

“Dari segi permainan tanpa bola, Esso bekerja sangat keras. Negeri Sembilan beruntung mempunyai penyerang seperti dia. Nilai ini sangat tinggi bagi saya dan saya amat menghargai komitmen Esso sepanjang perlawanan,” jelasnya.
 
Penampilan kedua Luqman Hakim Shamsudin jelas menunjukkan impak besar kepada kelab Negeri Sembilan apabila kehadirannya membuktikan kualiti dan kredibiltinya menggerakkan hantaran berbahaya ke bahagian hadapan.
Biarpun turun 25 minit sebelum babak kedua tamat, namun sumbangan bekas pemain Kortrijk di Belgium itu selaku 'supersub' bukan sahaja menaikkan sorakan penyokong di Stadium Tuanku Abdul Rahman namun kecemerlangan permainan ditunjukkan Negeri Sembilan sesuatu yang luar biasa untuk disaksikan.
Skil,hantaran pantas dan gerakan berbisanya sudah cukup memberi mesej betapa aksinya di luar negara membantunya bersama pasukan kelab.

"Pasukan kami mempamerkan semangat juang yang bagus, persefahaman pasukan semakin bagus. Permainan Negeri Sembilan semakin bagus saban perlawanan.
"Kami akan teruskan momentum sebegini, teruskan perbaiki kelemahan. Kami akan fokus untuk menghadapi Penang (Sabtu depan)," katanya.

#akanberkatisekalianygsetia
 
Back
Top
Log in Register