BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Negeri Sembilan FC (2) vs Selangor FC (1)

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
3249685.webp

SEREMBAN, 24 Ogos -- Pemain Negeri Sembilan FC An Sangsu cuba menjaringkan gol ketika menentang Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman malam ini.

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi menyifatkan kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad sebagai perlawanan paling mengecewakan sepanjang kariernya.

Menurut Kinoshi, pasukan kendaliannya gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menambah jaringan, sebelum dihukum dengan gol kemenangan oleh pasukan tuan rumah pada minit-minit akhir permainan.

“Ini perlawanan paling teruk dalam hidup saya. Paling teruk. Kami bermain dengan baik, tetapi dari segi keputusan, ini sangat mengecewakan.

"Kami tidak berjaya mendapatkan gol kedua, dan kemudian bolos pada saat akhir. Bagi saya, ini perlawanan paling teruk,” katanya selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, jurulatih dari Jepun itu menegaskan bahawa beliau enggan menyalahkan mana-mana pemain, sebaliknya menerima tanggungjawab penuh atas kekalahan tersebut.

“Saya tak mahu burukkan keadaan. Saya hanya mahu kami terus maju dan fokus untuk perlawanan seterusnya. Saya tak salahkan pemain. Kami adalah satu pasukan.

Saya terima semua kritikan daripada penyokong dan sesiapa sahaja,” katanya.

Kinoshi turut mengingatkan para pemain agar mengambil pengajaran daripada kekalahan itu dan kekal fokus dalam usaha memperbaiki prestasi pada perlawanan akan datang.

“Saya beritahu pemain, fikir bagaimana untuk jadi lebih baik pada perlawanan akan datang. Jangan saling menyalahkan. Kalau ada yang mahu menyalahkan, salahkan saya sebagai jurulatih.

"Fokus pada perlawanan seterusnya,” ujarnya.

Dalam perlawanan itu, Selangor FC berada di hadapan menerusi jaringan Richmond Tetteh Ankrah pada minit ke-12 sebelum pemain gantian Negeri Sembilan FC, Mio Tsuneyasu meledak dua gol pada 10 minit akhir perlawanan untuk memadam hasrat Gergasi Merah meraih tiga mata berharga.
 
3249694.webp

Pemain Negeri Sembilan FC, Mio Tsuneyasu (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad. Foto: Bernama

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC, Mohd Nidzam Jamil memuji semangat juang tinggi ditampilkan pasukannya, sehingga menundukkan Selangor FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad

Mohd Nidzam berkata, sokongan padu kira-kira 25,000 penyokong itu turut menjadi pembakar semangat pasukan untuk menguasai perlawanan, meskipun terpaksa berhempas pulas pada 10 minit terakhir sebelum meraih kemenangan.

Menurutnya, aksi berdepan The Red Giant, yang dianggap antara pasukan terbaik liga membuktikan Negeri Sembilan FC semakin matang, walaupun baru sembilan minggu dibentuk di bawah kendaliannya.

"Saya gembira dengan cara pemain bangkit pada babak kedua dengan terus menekan pihak lawan untuk mendapatkan jaringan.

"Kita akui bukan mudah berdepan pasukan yang baik seperti Selangor...masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilakukan. Namun, kemenangan pertama di tempat sendiri ini sangat penting," katanya.

Tambahnya, sikap pemain senior turut menjadi tonggak penting untuk membimbing rakan sepasukan baharu, sekali gus memberi keseimbangan dalam permainan.

Mengulas mengenai kelebihannya yang pernah membimbing pasukan Selangor, Mohd Nidzam mengakui sedikit sebanyak mengenali corak permainan bekas pasukan itu, namun menegaskan kemenangan Negeri Sembilan FC adalah hasil disiplin pemain di atas padang.

"Selangor pasukan yang bagus, Walaupun saya pernah melatih mereka, itu tidak menjamin kemenangan. Kejayaan Negeri Sembilan FC datang daripada disiplin dan peranan pemain yang melaksanakan tugas dengan baik," katanya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register