BTC USD 83,344.0 Gold USD 4,140.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nazri tak bertanding demi BPR

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA 30 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) sanggup tidak bertanding mana-mana jawatan pada pemilihan UMNO Mac depan kerana ingin menjaga imej Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang terletak di bawah portfolionya.

Menurut beliau, langkah itu diambil atas kehendaknya sendiri meskipun ia bukan satu kemestian yang perlu dilakukan oleh pemimpin kerajaan lain.

''Ia bukan syarat, ini saya kenakan kepada diri saya sendiri kerana mahu mengelak daripada dilihat saya terlibat dengan sebarang rasuah.

''Saya bangga menjadi menteri yang menjaga BPR dan mahu anggota-anggota badan itu berbangga dengan menteri mereka," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Ulang Tahun BPR Ke-41 di Puspanitapuri di sini hari ini.

Mohamed Nazri yang sebelum ini mengumumkan tidak bertanding pada pemilihan UMNO nanti bagaimanapun telah mendapat empat pencalonan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memerlukan kuota 10 pencalonan untuk layak bertanding.

Menurut beliau, sekiranya menteri tidak mempunyai kredibiliti, maka sukar bagi pihaknya untuk mempertahankan BPR di Parlimen sekiranya perkara tersebut dibangkitkan.

''Anda semua tahu, kalau menteri sendiri pun tidak ada kredibiliti macam mana hendak jaga BPR, orang hanya akan gelak.

''Saya mahu menjaga imej BPR dan bersungguh-sungguh memerangi rasuah. Saya sanggup tinggalkan apa sahaja untuk menjadi menteri yang memerangi rasuah," katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri mengingatkan bahawa BPR bebas menyiasat tentang sebarang aduan mengenai politik wang dalam pemilihan UMNO tanpa mengira sama ada terdapat laporan rasmi atau surat-surat layang.

''BPR boleh memainkan peranan pada bila-bila masa dan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, kita boleh masuk siasat walaupun tidak ada laporan bertulis, tidak ada sesuatu yang boleh menghalang BPR daripada menjalankan tugas," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, BPR akan menjalankan tugasnya berasaskan bukti dan bukannya spekulasi.

Beliau juga mengingatkan kepada pihak-pihak tertentu agar membuat laporan kepada BPR sekiranya mereka cuba disuap oleh golongan tertentu pada musim pemilihan parti.

Apa aku nak kata pun tak tau ler sebab aku dok fikir dulu BPR rampas kereta mewah dia tu sebab apa kalau dia cuba nak bayangkan yang dia bersih

:-?:-?:-?
 
Si Dogol ni takut sebab mulut cabul kata nista kat TDM. Baru dia tahu Puppet Master dah mula bertindak habis disapu licin tak tinggal nanah. Dogol ni pun lepas ni akan cuba jadi pecacai TDM no.1 lagi lah, cari makan.
 
dah boring dgn perangai pengampu kuat...lalang!
 
kalo kena tendang out dri kementerian tu lagi best..
nie menteri otak kt bunt*t..bkn kt kepala lut*t dah..
 
kalo kena tendang out dri kementerian tu lagi best..
nie menteri otak kt bunt*t..bkn kt kepala lut*t dah..

menteri mana yang tak mcm tu?
:eek:
 
Heh..heh..cakap macam bagus jer..
 
ye ke..
klu ye bagus la..
tp mcm wayang je bunyinya..
 
Back
Top
Log in Register