BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nazmi tak menyengat

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
su_01.1.jpg


PRESTASI Nazmi agak tenggelam ketika beraksi dengan PKNS pada perlawanan persahabatan menentang Johor di Pasir Gudang, Johor semalam.


PEMAIN muda kontroversi, Muhammad Nazmi Faiz Mansor kurang menyengat.

Pengalaman selama hampir enam bulan di bumi Eropah seolah-olah tidak membantu meningkatkan gaya permainannya.

Dia bagaikan hilang sentuhan ketika turun beraksi dengan skuad Selangor PKNS pada perlawanan persahabatan menentang Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang semalam.

Perlawanan tersebut merupakan penampilan pertamanya sejak kembali ke tanah air, tetapi hanya dimasukkan pada separuh masa kedua sebagai pemain gantian.

Pada perlawanan tersebut, Johor meraih kemenangan 2-0 hasil jaringan pemain import, Juan Muriel Orlando.

Begitupun, Nazmi mengakui memerlukan sedikit masa untuk mendapat rentak beraksi bersama pasukan baharunya, PKNS.

Bekas pemain kelab Portugal, Biera Mar itu berkata, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan terutama keserasiannya bersama pemain lain.

“Saya perlukan sekurang-kurangnya tiga perlawanan lagi untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan ini.

”Beri saya sedikit masa, apabila sudah serasi, insya-Allah semua akan bertambah baik,” katanya selepas perlawanan semalam.

Nazmi sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila membuat keputusan mengejut pulang ke tanah air dan mengikat kontrak selama tiga tahun bersama PKNS.

Dia bagaimanapun masih tidak mahu mengulas lanjut mengenai kepulangan mengejutnya itu.

Mengulas isu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nazmi yang kini berusia 19 tahun menjelaskan dia masih belum bersedia menghadapi peperiksaan penting itu.

Katanya, banyak perkara yang perlu diselesaikannya terlebih dahulu dan pada ketika ini, dia tidak boleh fokus sepenuhnya terhadap pelajaran.

“SPM bukannya boleh dipandang ringan, ia perlukan persediaan yang rapi. Buat masa ini, saya belum bersedia,” katanya.

Sementara itu, dalam perlawanan persahabatan semalam, Johor yang terlebih dahulu memulakan asakan tampak tidak bermaya pada separuh masa pertama apabila gagal menyempurnakan peluang-peluang yang dihasilkan.

Namun, tidak mahu kalah di laman sendiri, asakan demi asakan terus dilakukan Johor dan percubaan mereka hampir berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-30 hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Orlando, namun tersasar.

Gol pertama Johor bagaimanapun hadir pada minit ke-49 hasil sepakan Orlando, dan 10 minit kemudian, Orlando mengesahkan kemenangan tuan rumah apabila sekali lagi menjaringkan gol hasil hantaran lintang daripada Mohd. Rashid Aya.
 
kata kelab tak duit..rupanya benda lain...
 
Memang selama ni pun dia mmg tak menyengat ke. Tgk youtube dia main dgn Beira Mar pun tak dapat bola...lari-lari je
 
Kena jadi anak emas rajagopal la cmni..
 
apalah akhbar nie...patutnya bagilah komen positif dn membina moral sikit..xkn balik dari portugal tue terus nk tgk dia main cam messi :D:D:D:D......wlupun dia xbermain untuk johor...tpi aku tetap sokong dia sebagai permata bolasepak yg bakal menyinar....:)paid:)paid:)paid:)paid
 
Back
Top
Log in Register