BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasihatkan aku supaya kuat..

ashiteru88

Fun Poster
Messages
290
Joined
Mar 11, 2013
Messages
290
Reaction score
4
Points
15
Macamni, aku pernah jaga anak saudara aku 2tahun lepas kerana abang dan kak ipar aku mempunyai masalah. Waktu itu budak tu umur baru menjengah 3tahun. Waktu itu gak, aku baru grad dan kerana anak tu, aku korbankan kerjaya aku dan bekerja di kampung dengan gaji RM500. Walaupun dengan gaji sebanyak itu, namun ALHAMDULILLAH. Tak pernah aku merasa kesempitan wang atau terbeban dengan anak kecil itu. Aku jaga anak itu seperti menatang minyak yang penuh. Ikhlas! Tak minta balasan pun.Segala keperluan anak kecil itu aku penuhi setakat yang aku termampu. Apabila ujian melanda abang dan kakak ipar aku sehingga mereka bercerai, aku dipersalahkan. Alasannya, kenapa sanggup menjaga anak itu? Dan aku difitnah dengan macam-macam oleh abang dan kakak ipar aku. Bersabar! Itu je yang aku pegang. Anak itu suci bersih dan tiada dosa untuk didendami. Dia ANUGERAH ALLAH untuk aku menjaganya walapun ibubapaya dah buruk-burukkan aku.

Selepas mereka bercerai, anak itu masih dijaga oleh aku dengan baik. Tak pernah aku abaikan anak itu walaupun macam-macam mak dan ayah mereka buruk-burukkan aku. Soal duit bulanan untuk anak itu, jarang abang aku kirimkan. Dan aku tidak kisah sangat. Pernah aku kekurangan wang untuk membeli pampers untuk anak itu, dan aku pakaikan lampin untuk dia. Tiap jam aku bangun untuk memastikan lampin tersebut sudah basah belum.. Pernah aku korbankan waktu tidur aku dikala anak itu demam. Semua itu aku tidak minta balasan pun. Aku jaga dengan ikhlas. Niat kerana ALLAH.

Setahun kemudian, abang aku bernikah lain, dengan perempuan yang lebih ‘alim’ dan macam ‘ustazah’ gitu. **Sebelum ini, isterinya adalah yang free hair dan high sosial. Selepas abang aku bernikah lain, aku ambil keputusan untuk lost contact dengan bekas kakak ipar aku gara-gara isteri abang aku memberitahu bahawa dia menghina keluarga aku. Soal anak itu, aku serahkan kepada bapanya untuk menjaga dan merawat. Bekas kakak ipar aku(ibu kepada anak itu) redha melepaskan anak itu kepada bapanya memandangkan kakak ipar aku ni bukan orang malaysia. Waktu itu aku harap dengan ber kakak ipar yang alim ini, kebajikan anak kecil ini terjamin dan disayangi seperti ibu kandung.

Tahun pertama bersama ibu baru, anak kecil ini masih terbela nasibnya. Aku yakin, keluarga mertua abang aku dapat menerima anak itu di dalam keluarganya memandangkan anak itu pun seakan rapat dan boleh bermanja-manja dengan keluarga mertua abang aku itu. Masuk tahun kedua, abang aku ditugaskan ke Lubnan untuk misi keamanan dan itu bermakna anak itu akan kehilangan bapa selama setahun. Hati aku seakan terdetik tidak percaya ibu tirinya mampu menjaga anak itu seperti aku. Sangkaan aku tepat. Balik kampung tempoh hari, aku boleh nampak dengan jelas,anak itu menderita dari segi emosi walaupun bapanya ada bersama pulang beraya.

Boleh baca sini kisah sepanjang 4hari aku bersama anak itu..
http://carigold.com/portal/forums/blog.php?b=25204

Di airport sewaktu menghantar abang aku ke lubnan, keadaan sangat menghibakan dimana anak itu memegang erat paha bapanya meminta supaya bapanya tidak akan meninggalkannya. Namun sia-sia. Dan anak itu langsung tidak mahu mengikut ibu tirinya. Aku yakin, anak itu mengalami fobia yang dasyat dibawah penjagaannya. Sebagai atuk dan nenek kandung kepada anak kecil itu, mak,bapa dan kakak ipar aku memujuk anak itu. Tahu tak apa yang kami dapat di atas pujukan itu? Kata-kata hinaan dan kata-kata biadab daripada keluarga kakak ipar aku.Alasan mereka, keluarga aku tidak tahu mendidik anak dengan betul. Dan anak itu dirampas dan dibawa pergi di dalam keadaan terpaksa. Aku yakin, penderitaan yang menunggu didepan sana untuk anak kecil itu sementara bapanya tiada disisi. tergurisnya hati aku dengan hinaan dan kebiadaban mereka di depan keluarga aku. Kenapa eh orang yang alim ini mudah sangat berlagak seolah-oleh mereka itu terlalu perfect? Mereka cakap mereka ikhlas menjaga anak itu tetapi aku sering mendengar mereka mengungkit-ungkit depan anak itu bahawa mereka tak mahu menjaga anak itu lagi, seolah-olah anak itu beban untuk mereka. Tahu tak, hati anak kecil mudah tersentuh? apakah mereka sangka anak kecil tiada perasaan?

YA ALLAH! Apa dosa anak kecil itu sehingga dibenci dan dihina sedemikian? Apakah kerana mukanya yang sebiji dengan ibu kandungnya? Atau kerana dia berdarah campuran siam? Apakah kerana mereka terlalu suci dan yakin mereka ahli syurga sehingga anak itu dilayan seperti anak kucing dan keluarga aku terkena tempiasnya jugak?

Guys, tolong doakan semoga anak itu mendapat kasih sayang yang sewajarnya oleh ibubapa mereka dan anak itu dikasihi oleh orang yang membencinya..
dan
Tolong nasihatkan aku suapaya aku bersabar dan bersangka baik kerana diSaat ini, dalam hati aku timbul perasaan benci yang teramat kepada kakak ipar aku sekeluarga dan tempiasnya turut sama mengena abang aku-kesal kerana hati abang aku buta didalam menilai. Dan perasaan hormat kepada mereka yang “alim’ seakan terhakis. YA ALLAH! Aku tak mahu perasaan benci itu menular ke dalam diri aku kerana itu bukanlah diri aku.

Anak adalah anugerah ALLAH untuk kita sayangi, didiknya dengan kasih sayang dan bukan untuk disakiti atau dihina. Tahu tak mereka bahawa anak itu lebih suci dan lebih mulia daripada mereka yang berlagak alim tapi tidak tahu menjaga amanah ALLAH dengan betul.
 
Sedih nya.... Binatang pn syg ank
 
sedihny aku baca

semoga tt tabah menghadapi liku2 hidup yang mendatang.........amin....
 
Erm suggestion boleh?? Knape tak minta nak jaga budak tu
 
Ak hrp pengasuh ank aku jage ank aku baik2..Allahurabbi..
 
aku tak tau la kalo benda ni jadi dlm family aku, boleh ke aku sbar cam tt..
cam takleh ja... abg ka kakak ka, mmg setepet la aku sound.. suruh ja lebai tu lilit kat botol kicap
 
kesian gak budak tu, maybe ibu tiri tu benci coz dia betul2 seiras

dgn ibu kandungnya, jadi ibu tiri tu sentiasa terbayang2 wajah ibu

kandung tersebut... sy rasa baik TT atau ibu bapa TT je yg ambil


alih jaga budak tu, ataupun suruh ibu kandung berbaik2 dgn ibu tiri tu,

rasanya ibu tiri tak akan berani menganiayai klu dia rasa sentiasa

dlm pengawasan ibu kandung...
 
Apapun,risiko,akibat dan ptimbangan apa yg plg penting dan harus menjadi keutamaan adlh selamatkan Budak tu..!
pkr lain boleh uruskan kmudian....semoga bjaya TT...:)
 
Back
Top
Log in Register