BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasihat utk ajak kawan2 amik insuran..

Untuk Insuran agen sekelian,

Saya ingin bertanya berapakan jumlah yang perlu diinsured to get a comfortable life later on.

Saya tak nak bercakap tentang mereka yg dangkal tak nak buat insuran tu... kalau luncai nak terjun dgn labu-labunya,. biarkan biarkan.. tak dapat kita nak tolong pun.

Insuran ni...saya spend dekat RM1000 ringgit utk saya dan keluarga. Adakah ini mencukupi atau tidak tak?

Utk saya sendiri: MAA , AIA, Prudential (RM456) sebulan

Utk wife: Prudential Women(RM150)

Anak 1: Prudential (RM100) Education link

Anak 2: Prudential (RM60) + Takaful Ikhlas Education link (RM100)

Mencukup ke tidak? insuran saya diatas.

Encik Internet Blogger...

Nak tau insurance cukup atau tak, kalau ikutkan pengalaman dan pengamalan (practise) tak bleh hanya dilihat dari sudut jumlah caruman. Sebab yang penting adalah coverage. Caruman mungkin tinggi, tapi tak semestinya protection tinggi, sebab rata2 insurance sekarang nie very flexible...walau pun premium tinggi, boleh bg protection rendah sebabnya nak bg investment tinggi. Tapi sepatutnya kalau nak amik insurance nie, kena tengok bahagian protection dahulu...

Itu nasihat saya la.

Kalau you nak check sama ada cukup atau tak..boleh berjumpa dengan mana2 agent, maybe boleh discuss panjang. Kalau nak jumpa saya and bincang pun boleh nak tengok cukup atau tak.

Don't worry, no obligation...just nak share apa yang sepatutnya ada dan apa yang mungkin less priority yang mungkin kita boleh kurangkan utk lebihkan caruman dan protection ke tempat yang lebih berisiko dan sebagainya. Tapi kalau nak bagus, kena bawak semua policy yang ada (baru boleh kita buat kiraan dan projection)...

PM saya kalau nak tau lebih lanjut....
 
bagus juga Tuan internetblogger jumpa dgn wealth planner utk check u punya coverage yg lacking..sbb dlm internet ni, susah juga nak terangkan..apa2 pun, still decision in your hand..

all the best!
 
Skrang dgn keadaan gawat ekonomi, pvt company byk yg dah goyang..

Kalau dulu konfiden "alaaa company saya dah amikkan insuran utk saya..watpe nak amik insuran"..now tidak lg..kebanyakkannye co dah cut cost..maka perlindungan insuran pd pekerja pun ada yg ter-abai..kalau dulu majikan cover health insuran..now mungkin cover basic life saja..

Malang skali, yg keje berpuluh2 thn, tetiba di berhentikan keje dgn VSS..so no more coverage drp company la kannn..

akhirnya end up di hospital gomen sajalah..

salah satu contoh bil yg aku dpt, duduk 10 hari di hospital kerajaan akibat denggi kene bayar kat RM600 gakkkk..

001lco.jpg


* Tindakan mahkamah boleh dikenakan jika gagal membayar (tertera di belakang resit):
64860384.jpg



beringat sebelum terlambat! dapatkan medical kad drp saya segera..:)

renung2kan dan selamat beramalllll..
 
RAUNGAN PILU SEBELUM SYAWAL..

Berita 1


Raungan pilu
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]
15 Sept 2009

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.

Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.

Dalam keadaan menyeksakan itu, Arief cuba ditenang beberapa pengguna jalan raya sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Jurucakap polis trafik ketika dihubungi berkata, sehingga petang semalam, pihaknya belum menerima laporan daripada pemandu lori berkenaan berhubung kejadian itu.

Katanya, jika dalam tempoh 24 jam pemandu berkenaan gagal tampil membuat laporan polis, kejadian itu akan disiasat mengikut kes langgar lari.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mengenal pasti nombor pendaftaran lori yang dipercayai menggilis kaki mangsa diminta memberikan kerjasama dengan menghubungi hotline polis 07- 2212999.
 
ini sambungan kisah nye di hospital...

BERITA 2

==================================

Suami hancur kaki keliru

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin dan Intan Mas Ayu Shahimi
[email protected]
17 SEP 2009


JOHOR BAHRU: “Saya di mana? Mana kaki saya? Apa dah jadi? Saya hilang kaki ke?“ bertubi-tubi soalan sama dilontarkan Arief Fitri Ahmad Zainuddin, 26, sebaik sedar dan melihat wajah isteri yang setia menemaninya ketika terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.

Kerana kasih menggunung, Nur Syaliza Kamis, 26, tetap melayan mesra setiap pertanyaan suami tercinta sambil menerangkan apa yang berlaku dan kenapa Arief berada di katil hospital tanpa kakinya.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Arief yang menunggang motosikal berseorangan ke rumah sepupunya untuk mengambil kasut kerja, terjatuh akibat bergesel dengan sebuah lori kira-kira jam 4.10 petang, kelmarin.

Nasib tidak menyebelahinya apabila kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda.





Ketika orang ramai sibuk mengusung anak, isteri serta keluarga ke pusat beli belah untuk membeli keperluan Aidilfitri, Nur Syaliza hanya mampu menggenggam tangan sambil tidak lepas-lepas menatap wajah suaminya.

Biarpun sedih dengan kemalangan yang menimpa suaminya, namun guru Matematik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian itu tetap tabah dan bertekad untuk menerima segala dugaan dengan sabar.

“Pada hari kejadian, Arief sempat menghubungi saya dan memberitahu dia akan pulang lewat dari kebiasaan kerana mahu ke rumah sepupunya di Johor Bahru untuk mengambil kasut.

“Namun kira-kira jam 6 petang, saya menerima panggilan telefon daripada sepupu kami yang bertanya di mana Arief kerana suami saya lewat 40 minit manakala telefon bimbitnya pula gagal dihubungi,” katanya.

Nur Syaliza berkata, rentetan daripada itu, dia berasa tidak sedap hati dan meminta bantuan rakannya membuat semakan di balai polis sekitar bandar raya ini bagi mengesan suaminya.

“Arief tidak pernah tidak menjawab panggilan telefon. Jadi, bila dia tidak dapat dihubungi, saya mula menjangka sesuatu yang buruk menimpanya dan jalan terbaik merujuk balai polis dan hospital,” katanya.

Katanya, selepas jam 8 malam, barulah dia tergerak untuk ke bahagian kecemasan HSA dan bertanya sama ada terdapat kes kemalangan membabitkan suaminya.

“Sebaik diberitahu nama Arief ada dalam senarai, saya terus mendapatkan doktor yang merawatnya. Ketika itu, pihak hospital memaklumkan kaki suami mungkin terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.

“Alhamdulillah...tidak mengapalah kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, asalkan dia selamat dan saya masih tidak kehilangannya. Zaman sekarang banyak teknologi yang boleh diguna pakai...jadi itu semua bukan masalah besar,” katanya.
hmm..mungkin duit pampasan insuran (kalau dia ada amik insuran la) dapatla bantu skit2 utk sara idupnye..

Menurutnya, buat masa ini, Arief keliru dengan keadaan dirinya dan sering bertanya di mana kakinya serta apa yang berlaku sehingga terlantar di hospital.

“Malah saya juga tidak dapat ke mana-mana kerana Arief akan sentiasa bertanya dan mahu saya sentiasa berada disisinya.

“Mungkin Arief rasa tidak selamat tanpa teman atau bimbang saya akan meninggalkannya dan mahu saya sentiasa bersamanya,” katanya.

Selain bertanya mengenai kejadian malang itu, Nur Syaliza berkata, suaminya juga sering bertanya apa bakal berlaku dalam hidupnya nanti.

“Setiap kali terjaga, dia pasti akan bertanya soalan yang sama - macam mana nak pandu kereta, bagaimana hendak berjalan dan berlari, adakah dia boleh menunggang motosikal lagi,” katanya.

Arief yang sempat berbual dengan jurugambar NSTP, Zulkarnain Ahmad Tajuddin, beberapa kali termenung selepas melihat gambarnya terpampang di muka depan akhbar Harian Metro kelmarin.

Dia yang duduk bersandar di katil juga kelihatan bingung tetapi tenang mengajukan beberapa soalan mengenai siapa yang bersalah dalam kemalangan berkenaan.

p/s: berhati2 di jalan raya semasa pulang dr kampung..beringat sebelum terkena..either u hit someone or u being hit by someone..fikir2kan dan selamat beramal..
 
tahukah anda:

there is a study shows that, org yg mempunyai insuran lebih berani berjumpa dgn tuan doktor berbanding dgn org yg tidak mempunyai insuran apabila mereka menerima penyakit yg sama!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register