BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasihat Coco Rocha kepada model baru

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Coco-Kendall.jpg

Model asal dari Kanada, Coco Rocha kecewa selepas mendengar dakwaan model baru dan bintang televisyen realiti "Keeping Up With The Kardashians", Kendall Jenner telah dibuli ketika terlibat dengan minggu fesyen untuk musim bunga/panas 2015 baru-baru ini.

"Perkara sebegini tidak baik kepada industri dan jika benar ia memang berlaku, ianya sangat mengecewakan.

"Anda perlu ingat kebanyakan model yang terlibat dengan pertunjukan fesyen masih lagi muda. Ia seperti di sekolah. Kita bernafas, makan dan tidur bersama selama dua bulan.

"Memang pada satu tahap anda akan rasa penat dan ada timbul rasa tidak puas hati. Saya juga mempunyai kisah saya tersendiri. Jadi saya memahaminya," ujar Rocha seperti dipetik daripada laporan Vogue.

Model berusia 26 tahun ini turut mempunyai nasihat kepada Jenner termasuk model-model yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia peragaan.

"Sekiranya perkara sebegini berlaku, berhenti seketika untuk bernafas, cuba keluar daripada situasi tersebut. Lakukan apa yang anda perlu. Hakikatnya orang akan memerhatikan anda tidak kira apa yang anda lakukan.

"Jika anda mahu kerjaya yang baik dan dihormati dalam bidang ini, anda perlu ingat walaupun anda masih muda, anda perlu berkelakuan matang," katanya lagi.

http://www.cari.gold/2014/11/nasihat-coco-rocha-kepada-model-baru.html
 
Back
Top
Log in Register